Oleh Lanh
HATI wanita dan lelaki tak sama - sebagai suami hampir 30 tahun saya hanya mula memahaminya sejak beberapa tahun lalu. Ambil contoh mudah hadiah hari jadi...bertahun-tahun saya menghadiahkan isteri buku...ya dia ambil buku itu (mungkin untuk mengambil hati) tetapi selepas itu dia 'buat tak tahu saja'.
Ternyata sang isteri suka sakan. Balik rumah dia bercerita tentang
rakan-rakan sekerja yang mengusiknya seperti: "dapat bunga daripada 'boy
friend' mana ni - yang baru ke yang lama?", "bertuah kamu dapat bunga,
'boy friend' (suami) aku tak peduli pun" dan "you dah dapat bunga, I
pulak tak ada harapan!"
Wanita agak saya suka dimain perasannya. Dia suka orang lain melihat
apa yang dia dapat, dia suka rakan-rakan komen terhadap dirinya
(tentunya yang baik-baik), tetapi cubalah hadiah hari jadi seperti
jambangan bunga itu saya tidak hantar ke tempat kerjanya sebaliknya
memberinya di rumah, mungkin dia akan menerimanya 'seadanya' - tiada
apa yang 'menjentik' hatinya bagi 'membuahkan rasa seronok' pada
dirinya.
Demikianlah susah bagi lelaki memahami hati wanita, demikian juga
sebaliknya. Bijak pandai berkata lelaki dari planet Mars (Marikh)
manakala wanita dari Venus (Musytari). Mungkin ada betul pendapat
menyatakan hanya wanita memahami wanita...persoalannya dalam siasah
(politik) sekarang ini bagaimana kita mahu menambat hati wanita sehingga
hal ini membolehkan kita memenangi pilihan raya umum (PRU) yang akan
diadakan tidak lama lagi?
Pemimpin politik perlu ingat hampir separuh (lebih 49 peratus) pengundi
di Malaysia adalah wanita oleh itu sumbangan golongan ini adalah besar
bagi kejayaan mana-mana pihak dalam PRU ke-14 dan mana-mana pilihan
raya.
Sehubungan itu, kita meminta semua pihak berkaitan memikirkan hal ini
dan melakukan tindakan segera bagi memenangi hati wanita kerana mereka
mungkin menjadi penentu kemenangan pilihan raya. Isu-isu wanita perlu
diketengahkan dan ditangani secara bijaksana kerana sebarang kelemahan
di pihak kita akan memungkinkan musuh meraih sebanyak mungkin undi
daripada golongan ini.
Kita mungkin sudah bergerak ke depan dengan mengemukakan sejumlah calon wanita pada pilihan raya lalu atau sebelumnya (malah pucuk kepimpinan parti pun diterajui wanita) tetapi masih banyak lompang yang perlu diperbaiki. Sekalipun kita mengemukakan lebih ramai calon wanita, pihak musuh akan tetap menuduh kita sebagai hanya mahu memancing undi golongan wanita.
Sebenarnya, apa saja yang kita buat (termasuk memartabatkan golongan wanita) akan dipandang sinis oleh pihak ini; oleh itu tabahkan semangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada golongan wanita sejajar dengan ketetapan Allah SWT melalui Kitab dan Rasul-Nya. Namun pelaksanaan hal ini tidak mudah kerana wanita sebagai golongan lemah yang dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam s.a.w.; sebahagiannya mudah terpengaruh dengan manis dunia termasuklah hiburan dan laranya. Kelemahan inilah yang dieksploitasi oleh pihak lawan kita yang terus berjanji memberikan yang muluk-muluk kepada wanita penyokong atau pengundinya.
Di sini kita lihat betapa pentingnya golongan lelaki sebagai pemimpin (termasuklah sebagai suami dan bapa) berperanan untuk mendidik orang di bawah mereka. Bukanlah Allah SWT telah berfirman melalui ayat 6 Surah At-Tahrin yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala).”
Insya-Allah apabila kebanyakan wanita sudah dirapati dan dipasakkan ilmu agama dalam diri masing-masing, mereka akan tahu menilai mana intan dan mana kaca; pihak mana yang berjuang untuk keselamatan mereka di dunia dan akhirat dan pihak mana yang hanya menjanjikan kemanisan dunia yang bersifat sangat sementara. Ya berusaha keras dan berdoalah agar wanita-wanita kita diberi taufik dan hidayah untuk memilih antara kaca dan permata.
Namun memasakkan ilmu ke dada-dada wanita kita bukan proses mudah atau boleh dilakukan menjelang pilihan raya saja. Pendidikan bermula daripada bayi dalam kandungan lagi, berterusan di alam bayi, alam kanak-kanak, remaja, dewasa, tua sehinggalah seseorang itu masuk ke alam kubur. Ertinya pendidikan adalah proses seumur hidup. Persoalannya adakah kita bersedia dan cukup prasarananya untuk menjayakan cita-cita mendidik seluruh masyarakat ini?
Sekalipun kelihatan berat, tetapi usaha perlu dilakukan dengan doa tanpa putus-putus. Insya-Allah apabila wanita kita terurus matlamatnya, kita akan sentiasa mendapat sokongan mereka termasuk ketika pilihan raya. Fahamilah hati wanita, beri perhatian kepada wanita, insya-Allah mereka akan memberikan yang terbaik demi kebaikan kepada semua tidak kira lelaki atau wanita. Yakinilah kesepaduan lelaki-wanita akan membuahkan kejayaan kepada kita!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan