HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Mei 2017

Empat ADUN keluar parti: PKR anggap khabar angin tidak benar

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
SHAH ALAM: Seorang tokoh kanan PKR hari ini menepis sebagai tidak benar khabar angin bahawa empat ADUN dari parti itu mahu keluar parti untuk membentuk kerajaan campuran baru di Selangor. 
Naib Presiden, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata pentadbiran negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) berjalan seperti biasa.
Katanya, sekiranya khabar angin itu benar, menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan 'sibuk' dengan tugas hariannya termasuk urusannya di luar negara.
"Khabar angin, pada saya tidak ada 'standing'. Sekarang pun, contohnya Azmin pun ke Timur Tengah, kemudian ke Singapura dan Jerman. Jika keadaan di dalam negeri kecoh, tidak adalah (beliau) lakukan kerja-kerja beliau pada waktu kini.
"Kami di peringkat tertinggi PKR tidak pernah mendengar isu itu. Jika sebelum ini pernah dengar, mungkin ada kebenarannya. Tetapi hal ini kami tak pernah bincang malah tak pernah tahu," tegasnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Shaharuddin mengulas laporan sebuah blog yang mendakwa empat ADUN PKR akan meninggalkan parti tersebut untuk menubuhkan kerajaan campuran yang baru.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menyifatkan khabar angin itu sebagai propaganda semata-mata, berkemungkinan berpunca daripada pihak yang 'ingin kembali'.
ADUN PKR daripada Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata mengambil pendirian setia bersama kepimpinan Azmin selain mendakwa tidak tahu-menahu dengan khabar angin berkenaan.

Tiada ulasan: