HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Julai 2017

Pandu di lorong kecemasan, pegawai kanan JPJ dipindahkan

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob, yang disabit bersalah kerana memandu di lorong kecemasan, dilapor dipindahkan ke Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA).
 
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, ia adalah proses biasa pegawai kerajaan dan tidak seharusnya dijadikan isu.
 
“Pertukaran ini dibuat oleh JPA dan kementerian menghormati keputusan tersebut.
 
“Oleh itu, kita minta supaya tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung pertukaran ini,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia di ibu negara hari ini.
 
Selain Yusoff, Pengarah Penguatkuasaan JPJ Datuk V Valluvan turut dilaporkan dipindahkan ke JPA berkuatkuasa Jumaat lalu.
 
Yusoff, 58, didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu kereta dengan nombor pendaftaran BLY69 pada 7 Oktober 2016 pada pukul 6.27 petang di Lingkaran Putrajaya.
 
Kesalahan itu melanggar Peraturan 53 (1) Peraturan Lalulintas 1959, dan oleh itu merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 119(1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1957.
 
Bagaimanapun, Yusoff tidak hadir ketika pendakwaan kes di mahkamah pada 18 Julai lalu, sebaliknya diwakili oleh pegawai khasnya. 
 
Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif mengarahkan kes itu diremit semula ke mahkamah majistret dan mempersoalkan bagaimana pengakuan tertuduh dibuat melalui wakil.
 
 

Tiada ulasan: