Oleh HAYAR HASSAN.
Setelah agak lama menunggu dan bermain teka-teki serta spekulasi, akhirnya struktur kepimpinan pembangkang Pakatan Harapan(PH) besertakan matlamat utamanya terserlah juga untuk pengetahuan umum, khususnya bagi rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang perjalanan politik negara tercinta ini.
Lewat dinihari Khamis 14 Julai 2017, secara resminya PH menjadi
HARAPAN. Struktur kepimpinan HARAPAN adalah sesuatu yang baru dan begitu unik.
Tidak ada sebarang organisasi di negara ini sebelum ini mempunyai struktur
kepimpinan sebegitu rupa. HARAPAN mempunyai De
facto Leader(Ketua Umum), Pengerusi dan Presiden. Banyak pihak memberikan
komen-komen positif dan kontra.
Maka tidak hairan lah, pelbagai tafsiran diberikan. Tentunya
tafsiran negatifnya diberikan oleh pimpinan UMNO/BN. Itu adalah lumrah dalam dunia
politik demokrasi. Masakan orang politik tidak memberikan sebarang ulasan
apabila soalan diajukan kepadanya. Apatah lagi kalau soalan itu menyangkut
saingan politiknya! Kata orang , kerja utama orang politik adalah bercakap.
Sama ada cakapnya itu berkualiti atau pun tidak, adalah perkara kedua.
Apa pun, struktur kepimpinan HARAPAN itu tetap istimewa dan
menjanjikan pelbagai harapan dan impian kepada rakyat. Ianya umpama keberadaan
seorang gadis sunti yang cantik jelita dalam sebuah desa. Tentunya si gadis
sunti itu menarik perhatian semua teruna dan jejaka tua. Semua orang ingin
bercakap mengenai si gadis sunti tersebut! .
Istilah “Ketua Umum” itu seringkali digunakan di negara jiran kita
Indonesia. Contohnya Ibu Megawati Sukarno Putri adalah Ketua Umum Partai
Demokratik Indonesia Perjuangan(PDIP). Bapak Susilo Bambang Yudhiyono(SBY) pula,
adalah Ketua Umum Partai Demokrat. Joko Widodo (Jokowi) adalah sekadar seorang
pimpinan biasa PDIP, tetapi beliau mampu menang sebagai Presiden Republik
Indonesia. Jokowi menang kerana ketokohan dan karismanya sebagai seorang
pemimpin dan pentadbir, bukannya kerana Ketua Umum parti.
Sistem di sana membuatkan seorang Presiden Negara akan dikawal oleh Majlis Perwakilan Rakyat(MPR)@Parlimen
dalam pentadbirannya. MPR mempunyai kuasa untuk memecat seorang Presiden
seandainya terbukti bahawa Presiden gagal melaksanakan tugasnya seperti yang
dikehendaki oleh undang-undang dan Perlembagaan Indonesia. Presiden sebelum
SBY, Presiden Abdul Rahman Wahid(Gusdur) telah dipecat oleh MPR daripada
jawatan Presiden Republik Indonesia kerana kegagalannya mentadbir dengan baik,
walau pun ketika itu Gusdur adalah Ketua Umum Partai Kebangkitan Bangsa(PKB),
salah satu parti terbesar dalam gabungan parti-parti pemerintah waktu itu!
Oleh yang demikian, kita seharusnya sudah mampu berfikir di luar daripada
kebiasaan, berfikir di luar kotak (Outside
The Box), kata orang sekarang . Ini lah sesuatu yang baru yang ingin
diperkenalkan oleh pimpinan HARAPAN kepada semua rakyat. UMNO/BN sekadar
meneruskan kaedah dan sistem pengurusan yang lama dan tidak berkesan dalam
dunia serba mencabar ini. Oleh yang
demikian, tidak menghairankan lah kalau ada kedengaran komen-komen sumbang dari
pimpinan UMNO/BN atas kelahiran HARAPAN. Mereka masih keliru atau sengaja
mengelirukan diri sendiri atas sebab kurang maklumat tentang sistem
pengurusan terbaik dan berintegriti.
Apa pun, ada beberapa perkara menarik yang ingin ditawarkan oleh
HARAPAN kepada pengundi-pengundi negara ini dalam PRU ke 14 nanti. Ini lah
sebenarnya yang membuatkan UMNO/BN panik dan gundah gulana. Apa yang ingin
ditawarkan oleh HARAPAN itu adalah diluar jangkaan UMNO/BN !
Antara lain, HARAPAN akan memberikan tumpuan meringankan beban kos
sara hidup rakyat yang tidak terjangkau oleh kebanyakan orang, menghapuskan
cukai GST yang diperkenalkan oleh UMNO/BN, memerangi rasuah, memulihkan FELDA,
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja skandal 1MDB , menstabilkan harga
minyak, memulihkan persepsi negatif
pelabur-pelabur luar negera, memulihkan Ringgit Malaysia , memulihkan
kedudukan politik tokoh REFORMASI, Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dan banyak
lagi kepincangan-kepincangan politik dan ekonomi yang terjadi sewaktu UMNO/BN
memerintah negara tercinta ini.
Dengan barisan pemimpin yang ada dalam HARAPAN sekarang ini, adalah
tidak diragukan bahawa negara ini akan menjadi lebih maju dan makmor.
Pengalaman yang dipunyai oleh Tun Dr Mahathir Muhammad menjadi Perdana Menteri selama
22 tahun adalah aset penting HARAPAN. Telah terbukti bahawa Malaysia telah
menjadi sebuah negara yang disegani oleh negara lain sewaktu Tun Dr Mahathir
Mohammad menjadi Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir Mohammad adalah seorang yang
rajin bekerja dan selalu bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.
Tun Dr Mahathir Mohammad mungkin mempunyai beberapa kesilapan, tapi
itu adalah perkara silam. Semua orang khilaf. Yang pentingnya kita mengakui
kekurangan dan kesilapan kita. Berubah untuk mencari yang lebih baik adalah
lebih aula daripada terus mencari kesalahan dan kesilapan orang lain.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah, Tan Sri Mahyuddin Yassin, Ustaz Ahmad
Awang, Ustaz Ghani Shamsuddin, Haji Mohammad Sabu, Saudara Lim Kit Siang, Tuan Lim Guan Eng, Tony Phua, Rafizi Ramli,
Dato’ Azmin Ali, Dato Saifuddin Ismail Nasution, Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid
Samad, Dato’ Husam Musa dan banyak lagi tokoh-tokoh HARAPAN mampu membawa
Negara tercinta ini ke era yang lebih baik lagi. Mereka semuanya kaya dengan
ilmu dan pengalaman bekerja.
Sewajarnya semua pengundi-pengundi di negara ini memberikan peluang kepada HARAPAN untuk menerajui Putrajaya selepas PRU ke 14 nanti. Kali ini KITA UBAH KERANA SUDAH SAMPAI MASANYA KITA KENA UBAH !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan