HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Julai 2017

Mangsa kelima Rabies meninggal dunia

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUCHING: Mangsa kelima jangkitan virus Rabies dari Serian disahkan meninggal dunia malam tadi.
 
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata mangsa, Tinding Lambang, 52, dari Kampung Remun meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 10.43 malam.
 
Tinding mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lalu.
 
Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan setelah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan dan dimasukkan ke HUS pada 11 Julai untuk rawatan lanjut.
 
“Penyebab kematian adalah rabies with underlying pulmonary tuberculosis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 
Beliau berkata sehingga 24 Julai, terdapat lima kes  dalam kalangan manusia yang dilaporkan di Serian, disahkan positif rabies di mana kesemuanya telah meninggal dunia.
 
Katanya, tiada kes baru dilaporkan buat masa ini.
 
“Sebanyak 20 kawasan dalam tiga bahagian iaitu bahagian Serian, bahagian Sri Aman dan bahagian Kuching telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
 
“Sehubungan itu, aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat,” katanya.
 
Beliau menambah bahawa sehingga 23 Julai 2017, sebanyak 770 kes gigitan haiwan (anjing dan kucing) di ketiga-tiga kawasan terbabit, telah dikesan dan diberikan rawatan lanjut.
 
 

Tiada ulasan: