HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Julai 2017

Abang 'gadai' maruah tiga beradik direman 7 hari

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang lelaki berusia 18 tahun yang disyaki merogol adik kandungnya sendiri direman selama tujuh hari, bermula hari ini.
 
Majistret Arif Mohamad Shariff membenarkan tahanan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah.
 
Suspek terdahulu disyaki melakukan sumbang mahram dengan seorang adiknya yang berusia lapan tahun di kediaman mereka di Sungai Layar, Sungai Petani.
 
Mangsa memaklumkan kejadian yang berlaku pada pagi kelmarin itu kepada ibu mereka.
 
Turut menjadi mangsa sumbang mahram itu adalah dua lagi adiknya yang berusia 9 dan 14 tahun.
 
Laporan media semalam menyebut mangsa telah memaklumkan kepada ibunya yang berumur 39 tahun bahawa pada 19 Julai lalu abangnya telah menariknya masuk ke dalam tandas di sebuah rumah kosong berdekatan rumah mereka sebelum memaksanya melakukan hubungan seks.
 
Ketiga-tiga adik beradik malang itu telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut, kata beliau.
 
Suspek menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Kuala Muda semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
 
 

Tiada ulasan: