Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Salah seorang pemimpin PKR hari ini menolak pandangan ahli
DAP, Datuk Zaid Ibrahim bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan
perjuangan kaum India sebagai agenda politik mereka.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dalam responnya terhadap
saranan Zaid supaya PH bekerjasama dengan Hindraf berkata, pembawaan
parti-parti politik pembangkang seharusnya menolak agenda politik
perkauman semata-mata.
"Sedangkan kita mahu keluar dari kepompong pemikiran lama bahawa
parti-parti di Malaysia harus berlandaskan agama dan kaum. Dalam PKR
sendiri pun, ahli yang paling banyak selepas kaum Melayu adalah kaum
India
"Orang-orang India pun ramai dalam DAP, PKR, MIC," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Jumaat lalu, Zaid mendakwa antara kesilapan pembangkang sejak 2008
adalah tidak meletakkan perjuangan kaum India sebagai sebahagian agenda
politik mereka.
Meskipun PKR dan DAP turut dianggotai kaum India, namun ia tidak
mewakili kaum berkenaan secara keseluruhannya, sedangkan masih ramai
lagi kaum minoriti itu yang hidup susah di estet dan bandar sama seperti
kaum lain namun merasa selesa dengan kehidupan mereka.
Zaid mencadangkan agar PH bekerjasama dengan Hindraf dan berbincang
dengan pimpinan utama pergerakan itu, iaitu P. Waythamoorthy.
Bekas menteri undang-undang itu berpendapat kerjasama PH dengan
pergerakaan itu akan membawa kemenangan mereka dalam pilihan raya yang
akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan