shahbudindotcom
Menjadi
kaya dan memiliki kekayaan, biar banyak mana sekali pun jumlahmya
tidaklah menjadi kesalahan, asalkan ia diperolehi dengan cara yang betul
dan melalui saluran yang tidak bersalahan dengan undang-undang.
Yang
salah hanyalah jika kekayaan itu diperolehi dengan cara rasuah atau
menjalankan perniagaan yang bertentangan dengan undang-undang.
Dalam
kes Ahmad Zahid Hamidi, perkara yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir
Mohamad ialah daripada mana dan bagaimana kekayaan sebanyak RM230 juta
yang dilaporkan dimilikinya pada tahun 1996 itu diperolehi.
Dulu
Tun Mahathir berkata, jawapan Zahid Hamidi mengenai kekayaan itu tidak
berapa meyakinkan, maka tanggungjawab beliau sekarang hanyalah perlu
memberi penjelasan yang benar-benar jujur, betul dan tepat mengenainya.
Rata-rata
ramai yang tahu beliau ketika itu adalah ahli korporat dengan memiliki
saham di beberapa syarikat senaraian awam, selain menjadi Pengerusi Bank
Simpanan Nasional.
Kesediaan
Zahid Hamidi agar SPRM menyiasat kekayaannya memang dialu-alukan dan
jika benar kekayaannya diperolehi dengan cara yang betul dan melalui
perniagaan yang diuruskannya, tiada apa yang harus dibimbanginya.
Lebih
baik dan berwibawa, jika kekayaan Zahid Hamidi yang ditimbulkan oleh
Tun Mahathir itu tidak sekadar disiasat oleh SPRM, tetapi juga oleh
badan penyiasat bebas dan kemudian hasilnya didedahkan kepada
orangramai.
Cuma,
yang agak menjegkelkan serta sedikit keterlaluan, sementara beliau
bersedia dirinya disiasat dan siasatan belum pun dijalankan lagi, hanya
baru menyaksikan majlis menandatangani ikrar bebas rasuah bersama
Jabatan Imigresen saja, Zahid Hamidi sudah dengan penuh yakin
mengisytihatkan dirinya, KDN dan jabatan-jabatan di bawahnya sebagai
bebas rasuah.
"Saya,
KDN dan semua jabatan di bawahnya adalah bebas rasuah. Bukah mudah
untuk menterjemahkan diri sendiri dan anak-anak buah bebas daripada
rasuah.
"Tetapi
ia boleh dilakukan jika kita ada pegangan yang tinggi," kata beliau
selepas menyaksikan majlis menandatangai ikrar bebas rasuah Jabatan
Imigresen bersama lebih 400 kakitangan jabatan itu.
Yang bener Wak?
Takkan baru tandatangan ikrar saja sudah berani isytihar diri sendiri dan semua jabatan sebagai bebas rasuah?
Benarkan semua jabatan di bawah KDN benar-benar bebas daripada rasuah dengan hanya menandatangani ikrar tersebut?
Bukankah
ikrar itu hanya berupa komitmen semata-mata, tetapi tidaklah berupa
jaminan seratus-ratus bahawa semua orang yang menandatanganinya
betul-betul bebas daripada amalan rasuah?
Kenapa Zahid Hamidi terlebih lajak daripada laju?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan