PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
mengumumkannya berkata skor fasa kedua itu mencatatkan peningkatan yang
amat ketara dalam empat bidang iaitu kesihatan, prasarana dan
persekitaran, ekonomi dan sosial.
Pencapaian atau skor empat bidang lain iaitu pendidikan, politik,
perundangan dan budaya pula masih berada di tahap yang memberangsangkan,
katanya.
"Alhamdulillah, ini adalah satu pencapaian yang kita harapkan, untuk
terus memandu kerajaan mentadbir negara selaras dengan Maqasid Syariah,
"katanya ketika membentangkan Laporan Kajian Indeks Syariah Malaysia
2017 bersempena Majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam di Pusat
Konvensyen Antarabangsan Putrajaya di sini Khamis.
Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik
dan menyeluruh bagi mengukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan
pentadbiran negara berdasarkan lima prinsip asas Maqasid Syariah, iaitu
pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Najib berkata penyelidikan kali kedua Indeks Syariah itu melibatkan
seramai 222 orang penyelidik daripada enam buah universiti awam dengan
responden keseluruhan seramai 27,292 orang; pembuat dasar (2,280);
pelaksana dasar (6,555) dan masyarakat umum seramai 18,457 orang.
Perdana menteri menarik perhatian bahawa apa yang menarik tentang
dapatan Indeks Syariah Malaysia 2017 ialah jumlah responden adalah
terdiri daripada Islam dan bukan lslam.
"Tambah menarik 50 peratus daripada responden masyarakat adalah mereka
yang berumur 21 hingga 30 tahun yang merupakan generasi Transformasi
Nasional 2050 (TN50)," katanya.
Najib berkata beberapa dapatan penting Indeks Syariah 2017 juga
membuktikan bahawa langkah dan inisiatif yang telah dan sedang
dilaksanakan oleh kerajaan, memberi impak dan maslahah kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan