Oleh Zeannaima Md Yusof
KOTA DAMANSARA: Jika tidak bersalah, anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad
tidak perlu takut disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Exco
Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.
Ujarnya, LHDN hanya menjalankann tugas yang diamanahkan untuk mengutip
cukai ke atas setiap rakyat yang layak serta syarikat berdaftar secara
sah di negara ini.
"Biarlah LHDN buat kerja. Kalau anak Tun Mahatahir tak bersalah buat
apa nak risau. Kecuali anak-anaknya ataupun syarikat di bawah Tun M tak
bayar cukai.
"Sebagai warganegara, saya rasa ramai yang bertanggungjawab membayar
cukai. Kalau dah bayar cukai dan laksana tanggungjawab apa nak takut,"
katanya kepada Antarapos.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu semalam mengesahkan syarikat
anak-anaknya disiasat LHDN dan beliau menyifatkan tindakan itu sebagai
salah guna kuasa.
Dr Mahathir juga mahu LHDN serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) turut menyiasat pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) yang lain.
Mengulas perkara itu Armand berkata Dr Mahathir harus akur rakyat juga
tertanya-tanya berkenaan sumber kekayaan beliau dan juga anak-anaknya
yang lain.
"Sebelum Tun Mahathir nak bercerita kekayaan (Perdana Menteri) Datuk
Seri Najib (Razak), saya rasa nak beli cermin kepada Tun. Kalau nak
cerita tentang kekayaan, anak beliau berada dalam ranking top 10 orang
paling kaya di negara ini.
"Kalau LHDN datang nak cek saya, datanglah cek. Dia (Dr Mahathir) gusar
sangat kenapa? Sedangkan kita tahu keluarga Tun Mahathir ada 400
syarikat. Kalau bukan sebab bin Mahathir, ingat keluarga mereka ada 400
syarikat?," soal Armand.
Terdahulu, pemimpin Umno BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan untuk disiasat SPRM namun
mahu Dr Mahathir juga bersedia untuk diambil tindakan sama.
Dr Mahathir sebelum itu menuduh Ahmad Zahid pernah memiliki RM230 juta sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno.
Ahmad Zahid kemudiannya menafikan meraih sebarang pendapatan sebegitu menerusi rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan