Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan tidak pernah memaksa kerajaan negeri
Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali untuk menaikkan kadar tarif air.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Tan Sri Noh Omar berkata, dakwaan yang dibuat Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Azmin Mohamed Ali itu tidak benar sama sekali.
"Jawapan ini telah dijawab oleh menteri yang berkenaan di Parlimen dua
hari lepas. Saya ingat itu dah oleh rujuk jawapan yang diberi oleh
menteri berkenaan.
"Tetapi kenyataan Menteri Besar yang mengatakan kerajaan Persekutuan
memaksa kerajaan negeri Selangor menaikkan kadar itu tidak betul,"
katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Perumahan Mampu
Milik di SACC Shah Alam di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, Azmin mendakwa kerajaan pusat mengasak kerajaan negeri
supaya memberi komitmen bertulis menaik taraf air di Selangor, Kuala
Lumpur, Putrajaya.
ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata demikian ketika menjawab soalan
ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul mengenai status terkini
pengambilalihan Splash di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang
bersidang baru-baru ini.
Azmin turut berkata, selain menerima asakan kerajaan pusat supaya
menaikkan tarif air, pihaknya juga dilaporkan masih menunggu maklum
balas daripada kerajaan pusat berhubung nilai pengambilalihan Syarikat
Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
Kata Azmin, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
menerusi surat bertarikh 26 Mei 2017 hanya memaklumkan kaedah penilaian
ke atas Splash oleh penilai bebas antarabangsa yang dilantik kerajaan
pusat dan masih menunggu hasil nilaian pengambilalihan syarikat
tersebut.
Splash adalah satu-satunya syarikat konsesi yang masih belum menerima tawaran pengambilalihan daripada kerajaan negeri.
Sebelum ini, kerajaan negeri sudah mengambil alih tiga syarikat konsesi
lain iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn
Bhd (Syabas) masing-masing berjumlah RM2.47 bilion dan RM3.11 bilion
pada Mei 2014.
Menyusul selepas itu, Konsortium Abass Sdn Bhd yang bersetuju dengan
tawaran pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air pada harga RM900
juta.
Sehingga ke hari ini, kerajaan Selangor masih gagal memuktamadkan
rundingan harga tawaran pengambilalihan satu-satunya konsesi air itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan