ANTARAPOS.COM
KOTA KINABALU: Ketua Pengarang akhbar New Sabah Times, Pung Chen Choon
ditemukan tidak sedarkan diri akibat diserang individu tidak dikenali di
hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Kolam, Luyang, kira-kira pukul
2.45 pagi semalam.
Memetik Utusan Online, Chen Choon, 65, mengalami kecederaan lebam di
mata kiri dan bengkak rahang kiri selepas suspek menghentak kepala
mangsa menggunakan topi keledar.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mangsa yang
pengsan hanya sedarkan diri di Hospital Queen Elizabeth 1 selepas
dihantar menerima rawatan kecemasan menggunakan ambulans.
Beliau berkata, hasil keterangan mangsa mendapati sebelum kejadian dia
bersama beberapa rakannya berada di sebuah restoran di Lido, namun
ketika dalam perjalanan pulang mangsa menyedari dia diekori seorang
suspek bermotosikal.
"Oleh kerana tidak puas hati diekori, mangsa telah singgah ke sebuah
stesen minyak di Jalan Kolam dan bertanya kepada suspek kenapa
mengekorinya.
"Suspek tidak berkata apa-apa tetapi terus membuka topi keledar dan
menghayunnya ke arah muka mangsa. Mangsa dalam keadaan stabil tetapi
masih memerlukan rawatan lanjut di hospital," katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, tiada barang peribadi mangsa yang dilaporkan hilang dan motif serta punca kejadian masih disiasat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan