AMPANG: PAS berpuas hati dengan pelan rasionalisasi bagi menyelesaikan
kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) namun mahukan Kementerian
Kewangan melaporkan setiap perkembangan bersabit rancangan pemulihan itu
kepada wakil rakyat di Parlimen.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum itu bersama
kira-kira 30 Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat mendengar
penjelasan Ketua Pegawai Eskekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Turut menghadiri perjumpan tertutup itu adalah tokoh jemputan antaranya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Kita berpuas hati dengan penerangan oleh Arul khususnya pelan
rasionalisasi yang dicadangkan oleh beliau dalam mengatasi kemelut yang
berlaku dalam 1MDB.
"Saya harap bahawa isu-isu begini mesti dipantau langsung melalui
Parlimen. Maknanya menteri di Parlimen perlu melaporkan kepada ahli
Parlimen supaya ahli Parlimen kita dapat ikuti setiap perkembangan,"
tegas Tuan Ibrahim dalam sidang medianya, di Hotel De'Palma Ampang, hari
ini.
Perjumpaan tertutup selama lebih tiga jam itu Arul turut menunjukkan
laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB kepada
mereka.
Tuan Ibrahim kemudiannya mengulangi gesaan agar kerajaan mewujudkan
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu, sebelum Arul
menyertai 1MDB.
"PAS juga cadangkan RCI diwujudkan bagi menyiasat perkara-perkara yang
berlaku yang membawa kemelut dalam isu 1MDB. Sebelum saudara Arul
diterima masuk dan cadangkan rasionalisasi tersebut.
"Cadangan ini telahpun dikemukakan Presiden PAS, pada 13 Oktober 2015, supaya diadakan RCI untuk isu 1MDB," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan