Oleh Lokman Ramlee
[ULASAN] "Ya,
begitulah. (Saranan Anwar) supaya kita inklusif, terbuka, dan beri
peluang kepada semua pihak untuk berjuang. Bila orang sudah taubat, kita
terima taubat mereka," kata Pemangku Setiausaha gerakan Otai Reformis,
Saiful Ariffin.
"Setakat ini struktur organisasinya sangat menakjubkan, dari segi
penyusunannya. Itulah yang terbaik dilakukan," katanya sambil menegaskan
bahawa Anwar masih memainkan peranan penting dalam gabungan pembangkang
itu.
Pendirian ini dilihat pelik kerana tidak sampai dua minggu lalu Otai
Reformis mengumumkan ia menolak kepimpinan Dr Mahathir sebagai Pengerusi
PH atau sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kanan, atau Penasihat jika
PH berjaya menawan Putrajaya.
Demikian pendirian terbaharu Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkenaan yang
sentiasa mahu membuktikan bahawa ia amat insaf, gigih dan konsisten
dalam membela nasib bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kerjasama secara teknikal perlu diperhalusi. Kita terbuka, inklusif
dan menerima semua pihak. Namun ia perlu diperhalusi dan bersyarat.
Kerjasama itu bukan yang mutlak atau sesuka hati, ia perlu dibatasi
dengan beberapa had kuasa," kata Saiful.
Kepimpinan baru Otai Reformis dakwa insaf dengan 'luka kecil' Anwar
Namun Sabtu lalu agak ganjil pula apabila Saiful memberitahu “wujud
kekeliruan’ di dalam ketetapan terdahulu dan ia 'diperbetulkan' dalam
mesyuarat dua jam pada hari berkenaan. Paling menonjol ialah Saari akan
kembali memimpin gerakan itu, katanya.
Anwar juga menyifatkan 'luka' yang dihadapi adalah kecil jika dibandingkan kepentingan untuk rakyat dan masa depan negara.
Bagaimanapun Saari masih kurang pasti sama ada mahu menyambung
khidmatnya sebagai pengerusi Otai Reformis. Beliau mahu meneliti butir
mesyuarat dua jam Sabtu lalu yang jelas membuat pusingan U dan
menegaskan sokongan pada PH, meskipun bersyarat.
Persoalannya, apa sudah jadi dengan Otai Reformis? Ia terkenal dengan
sikap tegas dan beraninya mencabar kezaliman mantan Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad yang memecat Anwar pada 1998, mengaibkannya dan
menyebabkannya terpenjara sehingga 2004.
Adakah ini caranya Otai Reformis mahu terus relevan dalam politik
Malaysia dan tidak mahu kehilangan wibawanya tanpa pimpinan “berkepala
dingin” Saari Sungib?
Atau, adakah NGO ini kini dibadai krisis dalaman hingga melimpah dalam
forum kontroversial “Dr Mahathir: Agen Perubahan atau Pemusnah” yang
menyaksikan pendirian mutakhir badan itu “lok-lak” berhubung isu Dr
Mahathir mengepalai PH?
Sabtu lalu juga Razak berkata, PSM berhasrat meletakkan calonnya di
lima kawasan DUN dan kawasan Parlimen di Selangor dalam menentang blok
PH dan UMNO-Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.
Menurutnya, PSM merancang bertanding kerusi DUN di negeri itu meliputi
Sri Muda, Pelabuhan Klang, Semenyih, Kota Damansara dan Kajang.
Sementara di peringkat parlimen pula akan meletakkan calon di Subang dan
Hulu Langat.
"Kita melihat bahawa PH ini merasakan mereka itu kuat. Mereka
mengatakan bahawa mereka banyak program, berderet lah programnya. Tetapi
bila kala PSM kata nak bertanding sesuatu kawasan itu, mereka panik.
"Maknanya PH itu tidak sekuat mana. Kalau mereka kuat gunakan isu 1MDB
dan DOJ dan sebagainya untuk tumbangkan UMNO-BN, itu isu besar. Dalam
isu ini bila PSM nak bertanding dekat kawasan mereka bangkit isu PSM
akan pecahkan undi mereka.
"PH kena ingat tanpa PAS dalam komponen mereka besar kemungkinan PAS
juga akan bertanding di sini. Jadi tidak ada alasan mengatakan bahawa
PSM pecah undi, PAS pun pecah undi.
“Saya melihat bahawa pilihan raya ini 'best man win'. Siapa yang boleh
tarik minat pengundi setempat dia lah menang. Tidak ada bangkit isu yang
mengatakan bahawa pecah undi dan sebagainya," tambahnya.
Otai juga 'hilang' seorang daripada pengasasnya
Berikutan itu, Anwar mengeluarkan kenyataan media “memujuk” Otai
Reformis supaya menghargai kepayahan yang dihadapi oleh Mahathir dalam
usaha mengukuhkan lagi saf pembangkang untuk PRU14.
Natijahnya, jika kenyataan Saifui boleh dijadikan sandaran, Otai
Reformis akur. Kini ia cuba memujuk Saari Sungib pulang ke pangkuannya.
Namun keretakan dalam NGO ini sudah terserlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan