KOTA TINGGI: Pasangan suami isteri ditahan reman sehingga 18 Ogos depan
selepas disyaki mengedar dadah dalam serbuan di Felda ukit Aping Timur,
pagi semalam.
Lelaki berusia 35 tahun dan pasangannya yang merupakan warga Indonesia
menjadikan rumah peninggalan arwah bapanya sebagai lokasi pengedaran
dada.
Mereka didakwa engedar dadah jenis heroin, syabu dan 104 biji eramin 5.
Ketua polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah berkata rampasan pada pukul 7.10 pagi itu melibatkan jumlah anggaran RM9,000.
“Kita percaya suspek lelaki ini mendapat bekalan dadah daripada lelaki
yang datang ke felda itu. Bekalan terbabit akan dijual di sekitar Felda
Aping dan Kuala Sedili,” katanya sambil menambah suspek lelaki itu juga
mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Ujian air kencing terhadap lelaki terbabit, yang bekerja di ladang kelapa sawit, positif tetapi isterinya negatif, kata Ahsmon.
Honda Odyssey nombor pendaftaran Singapura, turut dirampas.
Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan