Kumara Sabapatty
KUALA
LUMPUR – Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada rakyat
Malaysia yang terlibat di dalam kemalangan kereta api di Iskandariah,
Mesir semalam.
Kejadian pada Jumaat itu telah meragut 41 nyawa dan 179 orang cedera.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan di sini melahirkan simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Kementerian
Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus
memantau perkembangan berkenaan insiden tersebut,” sebut kenyataan itu.
Sebarang
pertanyaan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah
menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau menerusi e-mel
mwcairo@kln.gov.my. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan