Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Polemik Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016 tidak memadai untuk PAS mempengaruhi aliran
sokongan pengundi Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebaliknya, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim, keputusan
pada PRU14 akan ditentukan oleh isu-isu asas yang melibatkan
sosio-ekonomi rakyat bukannya RUU355.
"Cumanya dalam konteks RUU355 ini, kita ketengahkan atas tanggungjawab
sebagai seorang Islam untuk membetulkan dan menambah baik aspek
perundangan Islam, katanya kepada Antarapos.
Beliau menerangkan bahawa keputusan yang diambil itu bukan semata-mata
kerana tujuan politik sebaliknya atas dasar tanggungjawab sebagai umat
Islam.
"Cumanya dari segi sejauh mana isu ini mampu mempengaruhi politik,
bergantung kepada kesedaran dan kefahaman orang Melayu Islam juga,"
katanya.
Untuk rekod, sesi perbahasan RUU355 dijangka akan berlangsung pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Tuan Ibrahim menambah bahawa banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi
pola pengundian pada PRU14 dan PAS akan mengutamakan aspek kebajikan
rakyat.
"Mungkin sebahagian orang Islam yang memahami Islam, mereka akan memberikan sokongan.
"Tapi berdasarkankajian-kajian yang kita buat sebenarnya impak isu ini
tidak sebagaimana isu bebanan ekonomi dan kos sara hidup yang lebih
besar pengaruhnya dalam konteks politik berbanding RUU355," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan