HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 September 2017

Liow hormat keputusan kerajaan batal Better Beer Festival 2017

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerima keputusan pembatalan Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan pada Oktober depan selepas mesyuarat kabinet hari ini.
 
Beliau dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa keputusan pembatalan yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu mengambil kira faktor keselamatan.
 
"Jika ia adalah kerana sensitiviti politik atau agama, maka saya tidak boleh menerimanya. Tetapi jika ia adalah soal keselamatan, ini sesuatu yang tak mengecewakan saya," kata Liow, menurut Kwong Wah Daily.
 
Liow yang juga Menteri Pengangkutan memberitahu pesta itu tidak menjadi masalah jika ia tidak diadakan di tempat awam.
 
Pesta arak itu merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mempromosikan minuman keras. Ia diadakan di Kuala Lumpur semenjak 2011.
 
PAS bagaimanapun membantah penganjuran pesta itu malah mendakwa ia boleh mengundang kepada ancaman pengganas.
 
 

Tiada ulasan: