MUAR: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu meneruskan rundingan bersama Pas, bukan gambaran berlakunya satu konflik dalam Pakatan Harapan (PH), sebaliknya ianya hanya satu isu dalaman parti.
Justeru, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui akan mengadakan perbincangan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.
Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas warkah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Anwar antara lain mengingatkan pemimpin parti itu supaya tidak memutuskan hubungan dengan Pas selagi parti itu sedia meneruskan perbincangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan