HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 September 2017

Tun Mahathir, Bapa Pengangkutan Awam Negara!!

Suara Kebenaran



Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Bapa Pengangkutan Awam Negara, Tun Dr Mahathir Mohammad mencuba perkhidmatan MRT baru-baru ini, dalam komennya sekadar berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut.  “Bolehlah”, katanya kepada para pegawainya yang turut sama dalam lawatan tersebut.

Tun Mahathir adalah Perdana Menteri yang mula-mula sekali memperkenalkan perkhidmatan canggih seperti LRT Putra/Star di Kuala Lumpur seterusnya memudahkan hidup rakyat ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia sepanjang 22 tahun antara 1981 hingga 2003.

Selain MRT, monorel yang dibina di zaman Paklah juga adalah dirancang pada zaman beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri.  Paklah hanya melaksanakannya sahaja, perancangannya semua dibuat zaman Tun Mahathir.

Menurut sumber yang rapat dengannya kemudian, setelah mencuba perkhidmatan MRT ini, Tun Mahathir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pelbagai aspek dalam projek yang bernilai RM 21 billion itu.

Paling tidak memuaskan hati Tun ialah ruang dalaman MRT yang beliau sifatkan agak sempit dan boleh menyebabkan penumpang bersesak terutama pada waktu puncak.  Menjadikan LRT sebagai perbandingan, lebih selesa lagi duduk di dalam LRT berbanding MRT, kata beliau.

Tidak hairan sepanjang waktu beliau menggunakan perkhidmatan itu, gerabak langsung tidak penuh dan ini adalah satu pembaziran kerana tidak ada orang yang menggunakannya, takut bersesak kalau penuh mungkin.

Najib cuba meniru Tun Mahathir dengan memperkenalkan perkhidmatan canggih seperti MRT, tapi ternyata ia gagal memberikan keselesaan yang diperlukan rakyat dari perkhidmatan yang begitu mahal harganya itu.

Tun Mahathir turut memberi gambaran, jajaran seterusnya MRT selepas ini yang menghubungkan Kajang-Putrajaya-Serdang, akan dibatalkan sekalipun kerja-kerja awal sudah dimulakan.  Tidak perlu membazirkan wang rakyat lagi, katanya.

Tiada ulasan: