KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak membidas sikap sesetengah pihak yang masih keliru dan memfitnah kononnya hutang Kerajaan Persekutuan berada di paras berbahaya.
Sambil menegaskan perkara itu tidak benar sama sekali, Najib
menyatakan pada akhir Jun 2017,
hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), angka yang masih di bawah paras had yang ditetapkan kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK.
hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), angka yang masih di bawah paras had yang ditetapkan kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK.
“Ini menunjukkan hutang Kerajaan masih kekal terurus, malah semakin
berkurang 53.2 peratus pada akhir Jun 2016. Ini merupakan pencapaian
yang patut kita banggakan.
“Bukan itu sahaja, nisbah hutang Kerajaan berbanding KDNK Malaysia
adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Singapura pada paras
112 peratus, United Kingdom pada 89.3 peratus, Kanada pada paras 92.3
peratus dan banyak lagi contoh-contoh yang lain,” katanya yang dipetik
menerusi laman blognya hari ini.
Najib turut menyangkal pertuduhan bahawa Kerajaan bakal muflis hanya
berdasarkan hutang kerajaan Persekutuan sedangkan badan ekonomi
antarabangsa seperti Bank Dunia, menaikkan unjuran KDNK daripada 4.9
peratus kepada 5.2 peratus bagi 2017.
Malah, menurut Perdana Menteri tidak masuk akal untuk mengatakan
negara akan muflis apabila banyak negara luar mahu melabur dan merangka
perjanjian perdagangan dengan Malaysia.
Meskipun kerajaan hari ini menghadapi cabaran fitnah pembangkang yang
mengharapkan ekonomi Malaysia ranap semata-mata untuk mendapat kuasa.
Namun ia tidak melemahkan kerajaan dan sentiasa mencari jalan
mengukuhkan ekonomi negara bagi menaikkan nama negara setaraf dengan
kuasa besar ekonomi dunia yang lain, tegas Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan