“Dah
tugas kami sebagai pekerja hotel berjumpa dengan bermacam ragam orang
setiap hari. Sehinggakan ada ketikanya, kami sudah tak mampu nak berkata
apa-apa lagi apabila melihat tingkah laku mereka.
“Bukan hendak merungut kerana tanggungjawab kami memberikan yang terbaik. Cuma, kalau ditanya penginap mana paling kami ‘fobia’, tanyalah mana-mana pekerja hotel, pasti mereka akan kata orang tempatan,” kata Azila (bukan nama sebenar).
Sambil menukar cadar katil, Azila yang sudah bekerja selama 10 tahun di sebuah hotel yang terletak di timur Semenanjung ini agak ramah menjawab persoalan saya tatkala ditanya mengenai kerjayanya sebagai pengemas bilik ketika menginap di situ baru-baru ini.
Berumur dalam lingkungan awal 30-an, wanita ini begitu pantas membuat kerjanya.
Habis sahaja cadar katil ditukar, Azila langsung tidak melengahkan masa mengemas dan membersihkan setiap sudut ruang bilik ini sambil mulutnya begitu ramah berkongsi pengalaman membuatkan saya tertarik untuk mendengar setiap cerita wanita ini.
“Mengapa ‘fobia’ dengan orang tempatan? Mereka ini perangai macam mana? Lagi teruk dari mereka yang dari luar negara ke?” soal saya.
TIDAK PENTINGKAN KEBERSIHAN
Menurut Azila, beliau sedikit pun tidak bermaksud untuk memalukan masyarakat tempatan.
Bagaimanapun, itulah realiti yang harus diterima kerana majoriti penginap tempatan mempunyai sikap yang begitu menyedihkan apabila menginap di hotel.
Agak bahaya saya menceritakan perkara ini tetapi maaf cakaplah, penginap luar negara lebih mementingkan kebersihan daripada rakyat kita.
Kebiasaannya mereka akan menukar kedudukan lampu meja dan kerusi semata-mata ingin memastikan semua yang ada dalam kumpulan dapat tidur dalam satu bilik. Paling teruk bila mereka mengalihkan tilam ke lantai.
Kalau pun perlu alihkan perabot atau bawa turun tilam ke lantai, tolonglah susun dan letak balik selepas digunakan.
Ini kerana, kerja mengemas bilik hotel biasanya dilakukan sama ada seorang atau dua orang sahaja. Kalau tiba hari yang ramai tetamu hotel, hanya seorang yang akan kemas dan ini tentu sukar baginya untuk angkat dan alihkan kembali tilam ke tempat asal, jelas Azila.
BUAT SESUKA HATI
Lazimnya waktu yang diperuntukkan untuk mengemas bilik mengikut kualiti yang ditetapkan pengurusan sekitar 15 hingga 20 minit sahaja. Bagaimanapun, jika keadaan bilik begitu teruk, masa yang diperlukan mungkin lebih daripada setengah jam.
Kadang-kadang, saya tak faham dengan sikap sesetengah manusia. Keadaan bilik bukan sahaja teruk dengan perabot yang dialih sesuka hati, tetapi sampah dan sisa makanan dibuang di merata tempat.
Ada juga makanan yang dipijak-pijak di permaidani hotel, cadar katil dijadikan alas kaki tandas dan paling pelik apabila cadar dibuatnya jadi bungkusan mayat, katanya.
Ada juga penginap yang tidak membenarkan bilik mereka dikemaskan kerana menginginkan ‘privacy’. Mereka tidak sedar keadaan itu sebenarnya menyulitkan pengemas bilik yang terpaksa memerah kudrat sebaik sahaja penginap mendaftar keluar hotel.
Dalam keadaan yang sedemikian, sudah semestinya mereka perlu bekerja sepantas yang mungkin terutamanya ketika musim cuti sekolah, hari minggu mahupun cuti awam berikutan permintaan bilik hotel yang tinggi pada masa itu.
Ada sesetengah orang yang tidak faham dan suka melengahkan masa daftar keluar yang secara tidak langsung menyukarkan pekerja hotel untuk mengemas dan membersihkan bilik untuk penginap seterusnya.
“Ada sebab mengapa setiap hotel menetapkan masa daftar keluar pukul 12 tengah hari atau paling lewat pukul 1 tengah hari sekiranya tidak ramai orang.
“Ini kerana, kami perlu masa yang mencukupi untuk membersihkan bilik. Kalau bilik tidak teruk, tak mengapalah tetapi kalau sebaliknya, ini akan mengambil masa.
“Ini belum lagi jika kami perlu mewangikan bilik kerana ada penginap yang membawa masuk durian ke dalam bilik hotel meskipun dilarang berbuat demikian,” kata Azila.
Senario ini biarpun mungkin dianggap tetapi ia sebenarnya faktor penyebab mengapa bilik lambat disiapkan untuk mereka yang akan mendaftar masuk berikutnya. Sering kali pihak hotel menjadi sasaran kemarahan kerana dianggap sengaja melengah-lengahkan masa penyerahan kunci bilik.
JAGALAH TINGKAH LAKU
Mendengar cerita Azila, membuatkan saya terfikir sejenak. Tidak dapat dinafikan penulis juga pernah hilang sabar apabila berdepan dengan keadaan bilik hotel yang lambat disiapkan. Bagi saya kita sudah membayar harga bilik dan amat merugikan sekiranya kemudahan itu tidak dapat dinikmati pada masa sewajarnya. Tambahan
lagi, jika keletihan selepas perjalanan yang panjang dan hanya mahu masuk ke bilik untuk berehat.
Perkongsian kisah Azila diharap membuka mata orang ramai khususnya mereka yang sering menginap di hotel akan sukarnya kerja sebagai pengemas bilik bila berdepan dengan penginap yang seperti diceritakan.
Mungkin ada juga pengemas bilik yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya sepertimana ditularkan di media sosial, akan tetapi, itu tidak bermakna kita boleh buat sesuka hati atas alasan yang sering diungkap kan bayar mahal untuk sewa bilik hotel.
Jagalah tingkah laku walau di mana pun kita berada kerana perilaku kita itu sebenarnya adalah identiti kita.

“Penginap tempatan biarpun bukan semua, tetapi kebanyakannya kalau menginap di hotel, bilik akan jadi tunggang-langgang. Ada bilik seolah-olah dilanda gempa bumi atau tsunami,” jelas Azila kepada saya.Antara tabiat penginap tempatan yang memeningkan kepala ialah mengubah kedudukan perabot bilik hotel mengikut sesuka hati mereka.
Kebiasaannya mereka akan menukar kedudukan lampu meja dan kerusi semata-mata ingin memastikan semua yang ada dalam kumpulan dapat tidur dalam satu bilik. Paling teruk bila mereka mengalihkan tilam ke lantai.
Kalau pun perlu alihkan perabot atau bawa turun tilam ke lantai, tolonglah susun dan letak balik selepas digunakan.
Ini kerana, kerja mengemas bilik hotel biasanya dilakukan sama ada seorang atau dua orang sahaja. Kalau tiba hari yang ramai tetamu hotel, hanya seorang yang akan kemas dan ini tentu sukar baginya untuk angkat dan alihkan kembali tilam ke tempat asal, jelas Azila.
BUAT SESUKA HATI
Lazimnya waktu yang diperuntukkan untuk mengemas bilik mengikut kualiti yang ditetapkan pengurusan sekitar 15 hingga 20 minit sahaja. Bagaimanapun, jika keadaan bilik begitu teruk, masa yang diperlukan mungkin lebih daripada setengah jam.
Kadang-kadang, saya tak faham dengan sikap sesetengah manusia. Keadaan bilik bukan sahaja teruk dengan perabot yang dialih sesuka hati, tetapi sampah dan sisa makanan dibuang di merata tempat.
Ada juga makanan yang dipijak-pijak di permaidani hotel, cadar katil dijadikan alas kaki tandas dan paling pelik apabila cadar dibuatnya jadi bungkusan mayat, katanya.
Ada juga penginap yang tidak membenarkan bilik mereka dikemaskan kerana menginginkan ‘privacy’. Mereka tidak sedar keadaan itu sebenarnya menyulitkan pengemas bilik yang terpaksa memerah kudrat sebaik sahaja penginap mendaftar keluar hotel.
Bayangkan jumlah sampah selepas menginap lebih daripada sehari? Sampah berlendir-lendir, lantai tandas pun dah melekit dengan pelbagai baki sisa makanan, sarung bantai dan tilam pun pelbagai warna, keluhnya lagi.Keadaan ini pastinya menyukarkan pengemas bilik yang biasanya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan antara 17 hingga 18 buah bilik sehari. Jumlah ini mungkin berbeza dari hotel ke hotel.
Dalam keadaan yang sedemikian, sudah semestinya mereka perlu bekerja sepantas yang mungkin terutamanya ketika musim cuti sekolah, hari minggu mahupun cuti awam berikutan permintaan bilik hotel yang tinggi pada masa itu.
Ada sesetengah orang yang tidak faham dan suka melengahkan masa daftar keluar yang secara tidak langsung menyukarkan pekerja hotel untuk mengemas dan membersihkan bilik untuk penginap seterusnya.
“Ada sebab mengapa setiap hotel menetapkan masa daftar keluar pukul 12 tengah hari atau paling lewat pukul 1 tengah hari sekiranya tidak ramai orang.
“Ini kerana, kami perlu masa yang mencukupi untuk membersihkan bilik. Kalau bilik tidak teruk, tak mengapalah tetapi kalau sebaliknya, ini akan mengambil masa.
“Ini belum lagi jika kami perlu mewangikan bilik kerana ada penginap yang membawa masuk durian ke dalam bilik hotel meskipun dilarang berbuat demikian,” kata Azila.
Senario ini biarpun mungkin dianggap tetapi ia sebenarnya faktor penyebab mengapa bilik lambat disiapkan untuk mereka yang akan mendaftar masuk berikutnya. Sering kali pihak hotel menjadi sasaran kemarahan kerana dianggap sengaja melengah-lengahkan masa penyerahan kunci bilik.
JAGALAH TINGKAH LAKU
Mendengar cerita Azila, membuatkan saya terfikir sejenak. Tidak dapat dinafikan penulis juga pernah hilang sabar apabila berdepan dengan keadaan bilik hotel yang lambat disiapkan. Bagi saya kita sudah membayar harga bilik dan amat merugikan sekiranya kemudahan itu tidak dapat dinikmati pada masa sewajarnya. Tambahan
lagi, jika keletihan selepas perjalanan yang panjang dan hanya mahu masuk ke bilik untuk berehat.
Perkongsian kisah Azila diharap membuka mata orang ramai khususnya mereka yang sering menginap di hotel akan sukarnya kerja sebagai pengemas bilik bila berdepan dengan penginap yang seperti diceritakan.
Bukan mudah bekerja sebagai pengemas bilik hotel lebih-lebih lagi berurusan dengan manusia yang bersikap berhak melakukan apa sahaja kerana membayar perkhidmatan berkenaan.Harus diingat, ‘membayar’ bukanlah bermakna kita boleh membuatkan mereka ini seperti ‘orang gaji’ kita. Ini kerana, ‘membayar’ di sini bermaksud untuk mendapatkan keselesaan penginapan buat anda dan juga ahli keluarga dan bukannya menyusahkan orang lain.
Mungkin ada juga pengemas bilik yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya sepertimana ditularkan di media sosial, akan tetapi, itu tidak bermakna kita boleh buat sesuka hati atas alasan yang sering diungkap kan bayar mahal untuk sewa bilik hotel.
Jagalah tingkah laku walau di mana pun kita berada kerana perilaku kita itu sebenarnya adalah identiti kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan