Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Wujud tentangan daripada beberapa pihak berkenaan cadangan
Pakatan Harapan (PH) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku
calon rasmi Perdana Menteri gabungan itu.
Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali mempersoal mengapa
Pengerusi PH itu terburu-buru untuk menamakan calon perdana menteri yang
didakwa akan diumumkan 4 Januari ini.
"Cekdet (Dr Mahathir) kata pada 4hb akan diketahui calon PM Harapan. Kenapa dia terburu-buru nak umumkan namanya?
"Lagi awal umum lagi banyak bangkai boleh digali," demikian tulisannya di akaun Twitternya.
Sebelum ini PH dijangka akan mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri yang rasmi pada konvensyen PH, Ahad ini.
Bagaimanapun wujud ura-ura tiada kesepakatan sama ada Dr Mahathir perlu
dinamakan sebagai 'perdana menteri sementara' atau tidak.
Memetik sumber yang dilaporkan sebuah portal, pengumuman itu didakwa
tidak akan diteruskan sekiranya tidak ada konsensus berhubung perkara
itu menerusi Mesyuarat Majlis Presiden PH, esok.
Terdahulu, menerusi permukiman PH yang berlangsung selama dua hari pada
awal Disember lalu, dikatakan PH mencapai sokongan majoriti untuk
menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sekiranya gabungan itu
menang pada PRU14.
Bagaimanapun PKR tidak memberi sebarang kata putus atas cadangan itu
kerana dimaklumkan ingin mendapat 'restu' dari Ketua Umum mereka, Datuk
Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan