Tembelang DAP menggunakan strategi fitnah dan propaganda jahat akhirnya terdedah apabila ahlinya sendiri tampil membuat pendedahan tersebut.
Kakitangan Biro Publisiti DAP Kebangsaan, Amran Ahmad mendakwa DAP sememangnya dengan sengaja menyasarkan pemimpin-pemimpin parti lawan termasuk perdana menteri, isteri perdana menteri dan keluarganya dalam setiap propaganda jahat yang akan disebarkan menerusi video dan risalah.
“Saya tidak mahu lagi bersekongkol untuk lakukan kerja menipu rakyat Malaysia dengan propaganda jahat semata-mata untuk memikat hati pengundi.
“Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini untuk membuat pendedahan tentang salah laku fitnah yang terancang serta propaganda jahat yang digunakan DAP atas nama Pakatan Harapan (Harapan),” katanya memetik kenyataan media pada Sabtu.
Anak kepada bekas Naib Presiden DAP, Ahmad Nor berkata beliau membuat keputusan yang tepat apabila mendedahkan hal tersebut di saat akhir menjelang PRU14.
“Mengapa baru sekarang saya buat pendedahan kerana bagi saya tempoh akhir menjelang PRU14 adalah masa yang tepat.
“Masa yang terbaik untuk kita menyedarkan rakyat adalah dalam tempoh seminggu atau empat hari sebelum pilihan raya kerana masa ini kedua-dua pihak akan terus berusaha menggiatkan promosi untuk pikat hati pengundi,” katanya.
Beliau berkata satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dakwaan tersebut.
“Saya juga telah menyerahkan segala bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai tuduhan berkenaan.
“Jadi saya minta supaya pihak polis jalankan siasatan menyeluruh dan segera bagi menghentikan tindakan DAP dalam menyebarkan propaganda jahat ini kepada orang ramai terutamanya dalam masa beberapa hari sebelum PRU14 ini,” katanya.
Amran mengaku telah bersedia untuk dikenakan sebarang tindakan oleh DAP dan sebarang tohmahan yang akan dilontarkan kepadanya.
Beliau turut berkata hasrat untuk mendedahkan kepincangan tersebut timbul apabila beliau menyedari fungsinya di dalam parti sudah terpesong daripada peranan asal.
“Saya memang menjangkakan, dengan pendedahan ini akan muncullah tuduhan sebagai macai atau pemakan dedak dan sebagainya.
“Saya juga merupakan bekas wartawan yang sebelum ini pernah berkhidmat di Utusan dan Malaysiakini di mana saya diajar untuk mengangkat dan menyebarkan kebenaran ketika menjalankan tugas.
“Tapi apabila saya menyertai pasukan publisiti DAP, saya rasa telah terpesong kerana terlibat dalam membuat propaganda-propaganda jahat yang langsung tidak menepati niat asal saya untuk menyebarkan maklumat yang benar kepada orang ramai terutama menjelang PRU14,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan