HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Mei 2018

BN DIJANGKA MENANG 130 KERUSI




Esok ( Rabu ) kira-kira 14 juta rakyat Malaysia akan menentukan mandat kepada parti yang akan dipilih bagi menerajui negara untuk tempoh lima tahun.

Barisan Nasional (BN) atau PKR ianya akan ditentukan esok (Rabu) oleh rakyat negara ini melalui sistem demokrasi yang diamalkan sejak sekian lama.

Ketika tempoh kempen tinggal hanya beberapa jam saja lagi, kajian INVOKE yang dipelopori Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjangkakan kemenangan pembangkang.

Namun, kem BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak tampak tenang dan Perdana Menteri dilihat bertambah senang dan ‘senyum’ berbanding Tun Dr Mahathir yang masih berusaha ‘menghasut’ rakyat menumbangkan BN.

Menurut laporan badan berautoriti, BN dijangka akan terus mengekalkan penguasaannya di negara ini dengan kemenangan berkemungkinan 130 kerusi Parlimen.

Malah, BN juga hampir pasti akan merampas Kelantan esok, selain dilihat mempunyai peluang yang cukup cerah untuk kembali menerajui Selangor.

Bagaimanapun, BN dijangka berdepan laluan sukar untuk mempertahankan Kedah ketika mana peluang dilihat 50-50.

Bekas Perdana Menteri yang bertanding di Langkawi turut berdepan laluan sukar dan pemimpin utama PH itu dijangka akan tewas di pulau lagenda itu.

Selain itu, BN juga diramal akan menang dan membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga di Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang dan Perlis selain terus kekal berkuasa di Terengganu serta Perak.

“Bagaimanapun ketika saat-saat akhir kempen ini BN sedang berusaha untuk mencapai kemenangan 140 kerusi Parlimen.

“Mungkin juga akan ada beberapa kejutan yang mana BN dijangka hilang beberapa kerusi kubu kuatnya,” kata sumber kepada Watan Online.


Tiada ulasan: