KUALA LUMPUR: Umno sudah menyerahkan surat menggugurkan keahlian parti
kepada Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin hari ini susulan
sokongan mereka terhadap pembangkang dan mengeluarkan kenyataan
menghentam parti.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata
keahlian Tan Sri Dr Rais Yatim pula masih belum digugurkan dan di
peringkat perbincangan untuk tindakan selanjutnya.
"Saya ingin memperbetulkan, hanya satu lagi belum (digugurkan keahlian)
iaitu (Tan Sri Dr) Rais Yatim. Saya baru bermesyuarat di ibu pejabat
tadi dan (status) Rais masih kabur.
"Kita sudah menghantar dua surat (menggugurkan keahlian) dan satu lagi
surat ditahan kerana (tindakan) Rais masih samar-samar. Jadi kita belum
menggugurkan lagi Rais," katanya dipetik BH Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program
Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Surat Tawaran Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Seri Aman, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Segambut, Datuk
Dr M Loga Bala dan calon BN Parlimen Kepong, Ong Siang Liang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan