KUALA LUMPUR:
Radhi Mat Din, calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena berkata, pemerintahan
PAS Kedah di bawah Almarhum Ustaz Azizan suatu kejayaan yang manis.
“Bola sepak merupakan satu kesinambungan
untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan anak muda dan mewujudkan
sesuatu aktiviti yang sihat dan meleraikan gejala yang tidak sihat,”
katanya.
Menurutnya, salah satu kejayaan
pemerintahan PAS Kedah adalah mewujudkan satu Kejohanan Piala MB yang
memberikan peluang kepada anak muda di peringkat kampung dan tidak
terlibat secara langsung dalam pasukan Kedah untuk mencungkil bakat di
samping menambahkan minat untuk melibatkan diri dalam sukan.
Tambah beliau, bola sepak adalah satu
sukan yang dapat mengeratkan ukhwah dan mengelakkan anak muda daripada
terlibat dengan gejala sosial.
Satu kejayaan yang paling manis dalam pemerintahan Almarhum Ustaz Azizan dalam Pasukan Bola Sepak Kedah adalah merangkul piala double-treble pada tahun 2008 selepas menumpaskan Selangor 3-2 dalam aksi final Piala Malaysia.
“Kejayaan yang diperolehi ini tidak dapat diraih oleh mana-mana pasukan dalam masa satu tahun,” ujarnya kepada Harakahdaily..
Menurutnya lagi, sepanjang Almarhum
Ustaz Azizan menjadi Presiden Bola Sepak Kedah, satu kejayaan besar yang
cukup membanggakan adalah beliau telah berjaya membayar semula KWSP
pemain bola semasa dan sebelumnya yang bernilai hampir RM5 juta.
“Tindakan drastik yang diambil oleh
Almarhum Ustaz Azizan telah mengembalikan sukan dan keyakinan rakyat
kepada pemerintahan PAS,” ujarnya.
Beliau berkata, ramai yang membuat
persepsi bahawa permainan bola speak adalah suatu sukan yang tidak
berlandaskan syariat, namun apa yang dilakukan oleh pemerintahan PAS
negeri waktu itu (2008) memberikan impak yang positif kepada rakyat
khusus kepada pemain dan penyokong bola sepak Kedah.
“Almarhum Ustaz Azizan bukan sahaja
memfokuskan kepada kejayaan malah lebih kepada mempraktikan amalan.
Beliau telah memperbanyakkan tempat ibadat di luar stadium dengan
menyediakan khemah-khemah serta kemudahan tempat mengambil wuduk,”
tambah beliau.
Jelas, katanya Islam sentiasa memberikan peluang kepada apa-apa saja bidang tetapi hendaklah berlandaskan syariat.Tambahnya, Islam juga tidak mengetepikan usaha-usaha sukan dalam memberikan kebaikan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan