IPOH: Satu lagi video membabitkan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming kini sedang tular di media sosial, lapor The Star Online.
Video seminit 53 saat dinaikkan di Facebook “Gerak Perak” itu dikatakan
menunjukkan Nga menyatakan di satu ceramah bahawa Pengerusi PPBM, Tun
Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masa lama lagi untuk hidup.
Pemimpin DAP itu didengar memberitahu hadirin bahawa DAP akan
menggunakan Dr Mahathir dan kemudian “beliau boleh menyertai (bekas PM
Singapura) Lee Kuan Yew untuk bermain mahjong”.
Beliau juga menyanyi serangkap lagu klasik China bertajuk “Goodbye My
Love” untuk menandakan “pemergian” Dr Mahathir selepas mantan PM itu
sudah dipergunakan.
Katanya, Lee yang meninggal dunia pada 2015, sedang menunggu Dr
Mahathir “di atas” untuk bermain mahjong kerana beliau masih tidak cukup
seorang pemain.
“Lee sedang memanggil dia (Mahathir), bilakah dia akan naik ke atas.
“Tetapi beliau (Mahathir) berkata, beliau mempunyai satu lagi tugas, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan,” dakwa pemimpin DAP itu.
Nga menggesa orang ramai supaya membantu pemimpin berusia 93 tahun itu
mencapai matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
“Kita percaya ini adalah “konsert terakhirnya”. Jom kita bantu Lou Ma (merujuk kepada Dr Mahathir).”
Pada PRU14 ini, Nga menentang penyandang Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan di kerusi Parlimen Teluk Intan.
Beliau juga bertanding di kerusi DUN Aulong menentang Soo Kay Peng dari BN.
Dalam satu kenyataan lewat semalam, Nga meminta maaf di atas bahasa
yang digunakan dalam ceramah bahasa Mandarin agak keras dan penuh sinis
namun mendakwa masyarakat Cina dapat menerima cara beliau berceramah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan