HALAMAN SANTAI

Ahad, 6 Mei 2018

SIMBAH CAT BUKTI SIKAP BURUK PEMBANGKANG

Foto Hazierra Lukman@Watan-Online

Penyokong Barisan Nasional (BN) di sekitar Pekan Sekinchan pagi ini digemparkan dengan papan tanda kempen calon BN DUN Sekinchan yang disimbah cat merah.

Calon BN MCA DUN Sekinchan, Lee Yee Yuan berkata tindakan itu memperjelaskan lagi keburukkan pihak lawan dan menganggap ia bukan satu persaingan cara baik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas perbuatan menyimbah cat merah itu kerana mereka telah menyerlahkan keburukkan yang mereka selindung selama ini.

“Tindakan penyokong pihak lawan sangat tidak bermoral dan memalukan. Ini sangat jelas menunjukkan bahawa mereka gagal melakukan kempen secara sihat sehingga terdesak melakukan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Foto Hazierra Lukman@Watan-Online
Yuan dalam pada itu menegaskan dirinya tidak pernah berkempen atau memberi ucapan yang memburukkan pihak lawan sepanjang aktiviti kempennya dan yakin masyarakat Sekinchan sudah matang untuk menilai pemimpin yang mereka mahu.

“Saya tidak pernah sesekali menggunakan atau memburukkan nama calon pihak lawan dalam setiap kempen-kempen saya.

Saya serahkan keputusan kepada rakyat untuk menilai baik buruk dan membuat pilihan yang terbaik sewaktu mengundi kelak,” jelasnya lagi.


Tiada ulasan: