Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik hari ini mempersoalkan
keikhlasan tiga veteran Umno yang dipecat kerana mengkritik parti di
pentas pembangkang tetapi tidak melakukan pembaikan ketika memimpin
parti.
Datuk Dr Aidit Ghazali berkata, ketiga-tiga veteran Umno yang juga
bekas menteri kabinet tidak membaiki keadaan ketika mereka berada dalam
sistem yang sama.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pemecatan Tun Daim Zainuddin,
Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim yang diumum Setiausaha Agung
Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan hari ini.
Aidit berkata, tiada guna mereka masih berada di dalam Umno jika bertindak sebagai pengkhianat dan penderhaka.
"Pada saya, apa gunanya mereka yang lebih-lebih lagi merupakan suatu
ketika pemimpin Umno masih berada dalam Umno sekiranya mereka bertindak
sebagai pengkhianat dan penderhaka.
"Sebab apa yang mereka kritik sebenarnya mereka satu ketika mereka
berada dalam sistem yang sama kenapa mereka tidak membuat pembaikan
ketika itu?" ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan