Angkatan
Bersatu Anak Muda (Armada) Pulau Pinang memandang serius dan mengecam
sekeras-kerasnya penganjuran program bicara ‘Migration of Tamils from
the Indian sub-continent to the Malay Peninsula’ oleh Penang Hindu
Endowments Board yang diadakan di Komtar, Georgetown, semalam.
Menurut ketuanya, Muhd Shameer Sulaiman, program bicara tersebut turut meletakkan iklan yang menyelitkan perkataan ‘The Bujang Valley civilisation bears evidence to the migration of Tamils to the Malay Peninsula since ancient times’.
Malah katanya lagi, secara jelas ia mendakwa bahawa tamadun Lembah Bujang merupakan bukti penghijrahan kaum Tamil ke Semenanjung Tanah Melayu sejak zaman silam adalah kenyataan yang amat mengelirukan berdasarkan beberapa fakta sedia ada.
“Dalam konteks tamadun Lembah Bujang, ia merupakan tamadun nenek moyang Melayu Kedah di mana komuniti silam tersebut menganut agama Hindu sepertimana majoriti sub-etnik rumpun Melayu yang lain di nusantara sejak zaman pra-Islam.
“Ini termasuklah hampir kesemua keturunan pribumi di kawasan Indo China yang turut mengamalkan asas kebudayaan silam dari agama Hindu ke Buddha yang dibawa dari benua India dalam suatu proses yang dinamakan Indianisasi atau ‘indianization’.
“Perlu diketahui bahawa asas agama Hindu itu sendiri seperti kitab-kitab Veda juga berasal dari kaum Aryan yang datang dari utara luar benua India, ” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Shameer lagi, untuk mengaitkan segala unsur-unsur Hindu dengan Tamil apatah lagi kerajaan Chola semata-mata dalam program bicara tersebut adalah tidak tepat.
“Untuk makluman kerajaan di benua India yang pertama berdagang secara maritim dengan nusantara ialah kerajaan Kalingga yang disebut Keling oleh masyarakat pribumi nusantara sejak sebelum kedatangan penjajah Barat, sehinggalah wujudnya istilah Keling dalam sejarah Melayu.
“Sebenarnya kerajaan Kalingga bukan diasaskan oleh etnik Tamil kerana faktor geografi dan sejarahnya walaupun ia berada dalam benua India.
“Oleh kerana itu adalah tidak tepat jika ada yang mendakwa etnik Tamil kononnya yang hadir ke nusantara untuk berdagang dari benua India awal-awal dahulu.
“Kehadiran etnik Tamil dalam sejarah nusantara dicatatkan bermula dari pencerobohan kerajaan Chola pada tahun 1025 keatas Empayar Srivijaya, dimana Kedah merupakan salah satu pusat kerajaan Melayu tatkala itu, ” tegasnya.
Shameer juga berkata, penjajahan kerajaan Chola keatas nusantara terutamanya di Kedah tidak bertahan lama apabila mereka berundur kembali ke benua India.
Selain itu jelasnya, banyak teori-teori yang cuba menjelaskan sebab kembalinya etnik Tamil adalah teori tsunami yang memusnahkan kota pemerintahan mereka di pesisir pantai daerah Tamil Nadu.
“Namun begitu yang pasti pencerobohan mana-mana kuasa asing terhadap nusantara tidak boleh disalah tafsir sebagai penghijrahan atau migrasi kerana ia merupakan dua definisi yang berbeza.
“Nusantara pernah diceroboh oleh Empayar Sukothai dan Ayutthaya dari kawasan Siam serta oleh tentera Mongol (Dinasti Yuan) dari Tanah Besar China, walau bagaimana pun tiada rekod penghijrahan etnik Thai atau etnik Mongol dan China ketika itu.
“Sebagai contoh, Islam tersebar ke nusantara melalui para pedagang dari Timur Tengah dan India (Muslim), tetapi tidak pula mana-mana pihak dari dunia Arab atau Pakistan mendakwa unsur-unsur Islamim di negara ini pada hari ini adalah kerana penghijrahan etnik mereka, ” tambahnya.
Soal Shameer lagi, seandainya penhijrahan etnik Tamil dikatakan seawal kemunculan tamadan Lembah Bujang di Kedah, maka dimana letaknya perkampungan tradisional masyarakat Tamil keturunan kerajaan Chola tersebut di negara ini.
“Kita ingin tahu dimana letaknya kubur atau ‘shrine’ para pemimpin dan tokoh agama komuniti tersebut?.
“Tolong buktikan dimana ada tercatat nama-nama etnik Tamil zaman pra Melaka di Semenanjung Tanah Melayu, malah di seluruh Malaysia jika ada pada hari ini.
“Sebarang infrastruktur silam sama ada ia merupakan istana atau tempat ibadat yang mempunyai ciri-ciri agama Hindu-Buddha seperti candi di Lembah Bujang adalah bermotifkan agama, bukannya bangsa apatah lagi etnik Tamil, ” ujarnya.
Menurut beliau lagi, candi juga terdapat di Borobudur, Pulau Jawa dan Angkor Wat di Indo China.
“Adalah mustahil semua binaan itu adalah dari etnik Tamil hanya kerana ia berunsur agama Hindu sedangkan mereka yang menganut agama Hindu di zaman silam tidak terhad kepada etnik Tamil sahaja, lebih-lebih lagi di nusantara dan Indo China.
“Sehubungan itu Armada Pulau Pinang menasihatkan kerajaan Pulau Pinang supaya lebih sensitif dengan penganjuran program yang boleh mengelirukan masyarakat negara ini serta mampu mengancam perpaduan kaum dalam negara ini.
“Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Timbalan Menteri II Pulau Pinang terjebak dalam kontroversi yang melibatkan kaum dan agama dalam negara ini, ” katanya.
Maka itu tegasnya, elemen memutarbelitkan fakta sejarah seperti ini mendorong subversif serta amat merbahaya kerana ia mencabar status kaum Bumiputera dan pribumi dalam negara ini.
Sebaliknya kata Shameer, slogan Malaysia Baharu tidak harus dijadikan alasan untuk cuba mengubah asas-asas kenegaraan negara ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan