KOTA KINABALU - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli membatalkan
beberapa projek di bawah kerajaan sebelum ini apabila didapati
dijalankan tanpa tender terbuka.
Menterinya Dr Xavier Jayakumar berkata sebanyak 95 peratus kontrak di bawah kementerian itu sebelum ini menggunakan kaedah tender terhad dan rundingan secara terus dalam projek yang terlibat.
“Sebab itulah di Sabah, kementerian telah membatalkan kontrak yang terlibat dan membuka semula untuk tender terbuka,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata pembatalan itu melibatkan beberapa projek bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci projek yang terlibat.
Dalam pada itu, beliau berkata menjelang pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat ini, kementerian itu telah menghantar senarai projek pembangunan termasuk di Sabah.
“Memang ada peruntukan untuk Sabah kerana banyak infrastruktur yang perlu dimajukan di negeri ini khususnya berkaitan dengan air yang dikendalikan di bawah kementerian ini,” katanya. –Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan