Sementara itu kerajaan negeri meminta kontraktor memberi laporan kejadian dengan segera.
Chow berkata kontraktor dan jurutera akan dipertanggungjawabkan dalam kejadian itu.
Ditanya sama ada inkuiri perlu diadakan, beliau berkata ia tidak perlu buat masa ini.
Ini kerana inkuiri satu proses yang panjang dan suruhanjaya inkuri ke atas kemalangan di tapak pembinaan di Tanjung Bungah tahun lepas belum selesai. 11 maut dalam kemalangan itu.
Chow berkata buat masa ini berharap Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan persekutuan akan membenarkan kerja-kerja pengukuhan cerun dijalankan di tapak itu.
“Saya percaya tapak itu tidak selamat dan kerja-kerja mitigasi perlu dibuat ke atas cerun itu supaya keadaan tidak bertambah buruk, katanya lapor Buletin Mutiara.
Kira-kira 100 penyelamat termasuk unit anjing pengesan masih sedang memeriksa kawasan itu.
Sejumlah 13 mangsa disyaki terkambus dan setakat ini 4 sudah dibawa keluar. Tanah runtuh itu runtuh sejauh 50 meter.
Semua mangsa adalah warga asing, terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan