HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Oktober 2018

Dr M: Kalau tak nak saya jadi PM hari ini pun saya letak jawatan

THE MALAYSIAN TIMES
 


LANGKAWI: Majlis perjumpaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan Grab.

Sekitar 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas Perdana Menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu hanya berlaku sekitar dua minit dan selepas keadaan reda, Tun Mahathir berkata beliau sebagai Perdana Menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi ini untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Tiada ulasan: