HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Oktober 2018

Tanya tentera tentang perisian intip Israel, kata Nur Jazlan




PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri dalam negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta wartawan merujuk isu pembelian perisian intip (spyware) daripada syarikat-syarikat perisikan siber Israel kepada Kementerian Pertahanan.

“Saya rasa bawah tentera. KDN tidak ada. Pertahanan luar negara itu semua tentera,” katanya kepada FMT.

Beliau dihubungi bagi mendapatkan pengesahan tentang laporan akhbar terkemuka Israel, Haaretz, mengatakan Malaysia melanggani syarikat-syarikat perisikan siber Israel dan membeli sistem yang membolehkan pihak berkuasa mengumpul maklumat daripada rangkaian sosial dan mengintip rakyat.

Menurut Haaretz, sistem yang dibeli Malaysia itu tidak invasif dan tertumpu kepada maklumat sumber terbuka yang dikaji dalam cara yang membolehkan kesimpulan diperoleh daripada data raya dan untuk membantu pihak berkuasa.Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong ketika dihubungi berakta beliau akan menyemak perkara itu dengan angkatan tentera.

“Saya akan semak dengan ATM. Saya tak ada maklumat buat masa sekarang,” katanya.

Pada 2012, bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan hubungan dagangan antara syarikat-syarikat di Malaysia dan Israel.

Sebilangan besar perdagangan itu adalah komponen elektronik atau bahagian-bahagian yang dimasukkan ke dalam jentera atau peralatan oleh syarikat-syarikat asing besar yang beroperasi di sini.

Tiada ulasan: