HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Oktober 2018

Sara 5 anak, Isma AF7 perlu sediakan RM5,000 sebulan

Gempa / ASTRO AWANI
Sara 5 anak, Isma AF7 perlu sediakan RM5,000 sebulan
Tambah kakak kepada penyanyi Tomok ini, dia bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus untuk membesarkan lima orang cahaya mata.
 
 
PENYANYI kelahiran Akademi Fantasia 7, Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, 38, perlu ada sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk keperluannya bersama lima orang anak.

Bergelar ibu tunggal, Isma bercerai dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 pada awal tahun ini.

"Semenjak kembali menyandang status solo, saya bekerja keras demi anak-anak. Anak-anak semuanya tinggal dengan saya... Anak sulung dan anak kedua sedang belajar di universiti dan anak yang paling bongsu berusia 10 tahun.
 
"Setiap bulan, saya perlu menyediakan paling kurang RM5,000 untuk membayar kereta, sewa rumah serta perbelanjaan saya bersama anak-anak. Biarpun saya harus berusaha dengan lebih keras, saya puas hati," kata Isma.

Tambah kakak kepada penyanyi Tomok ini, dia bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus untuk membesarkan lima orang cahaya mata.

"Saya akui kadang kala tawaran itu tidak selalunya banyak tetapi rezeki itu tetap ada. Selain menjayakan persembahan pentas, saya menyanyi di Restoran D'Empangan Udang Galah Putrajaya milik Datin Ina.

"Saya anggap semuanya rezeki anak. Biar bersusah sekarang kerana hikmahnya pasti akan datang nanti," kata Isma lagi.

Hasil perkongsian hidup Isma dan Zul, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11. 
 
 

Tiada ulasan: