Ellie Suriati Omar tampil berbeza apabila menunjukkan semangat juang 'berapi-api' sebagai seorang pemidato semasa menyertai himpunan solidariti diadakan di depan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.
Pelakon dan pengarah terkenal itu sebelum ini beberapa kali dilihat menumpahkan air mata ketika di hadapan media apabila hadir bersama penyokong lain bagi memberi sokongan ke atas bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
“Untuk rakyat Malaysia. Kami adalah ahli akar umbi. Kami di sini untuk pemimpin kami.
“Saya tidak gentar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam rakaman klip video yang tular di media sosial sejak semalam.
Ellie hadir kira-kira bersama 200 penyokong lain sebagai memberi sokongan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disiasat atas kesalahan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Himpunan itu bermula 9 malam dan penyokong Umno bersurai kira-kira jam 12 tengah malam.
Respon nakal netizen
Kehadiran Ellie sememangnya mengundang pelbagai respon netizen hingga ada menggunakan perkataan sinikal sebagai merujuk kepada ucapan penuh bersemangat yang dibuatnya.
Ada juga dalam kalangan netizen merujuk Ellie seolah-olah tersampuk syaitan, selain menyatakan mereka ngeri menonton aksi pelakon Spinning Gasing itu berucap.
Malah ada netizen turut mencadangkan perlu dibuat sesuatu bagi menghilangkan gian Ellie.
“Mohon undi dia jadi perdana menteri, biar hilang gila dia,” kata pengguna akaun Matt Abd Aziz.
Zahid, 65, hari ini mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 45 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Beliau dihadapkan atas 45 pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan dia diikat jamin RM2 juta bagi kesemua pertuduhan itu.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan