PEMILIHAN PKR |
Penyandang naib presiden PKR Dr Xavier Jayakumar berkata tidak menerima
sebarang surat amaran daripada Jawatankuasa Aduan, Rayuan dan Disiplin
parti itu sebagaimana yang dilaporkan.
"Saya percaya, tindakan ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang menggunakan taktik kotor untuk memburukkan nama dan imej saya.
"Lebih-lebih lagi dengan kedudukan terkini saya yang agak positif ke arah pemilihan untuk jawatan naib presiden," katanya dalam suatu kenyataan malam ini.
Xavier yang juga MP Kuala Langat berkata tindakan Jawatankuasa Bantahan, Rayuan dan Disiplin memaparkan keputusannya memberi surat peringatan amaran selepas mendapat aduan adalah suatu yang tidak profesional.
"Saya amat kesal dengan tindakan yang telah diambil oleh jawatankuasa ini yang tidak professional dan agak keterlaluan.
Dua MP PKR turut diberi amaran
Selain Xavier, Anggota Parlimen Johor Bharu Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan MP Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui turut menerima amaran.
Jayakumar dan Leow bersaing untuk jawatan majlis kepimpinan pusat PKR manakala Akmal berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Johor Bharu ketika pemilihan parti pada 30 September lalu.
Dalam suatu kenyataan hari ini, bagaimanapun jawatankuasa disiplin parti itu berkata surat yang dikeluarkan terhadap mereka tidak menyebut butiran sebab-sebab amaran.
Jawatankuasa itu juga berkata menerima aduan kesalahan pilihanraya yang dilakukan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan