Roketkini.com
Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tambahnya, Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain.
“Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan.
“Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal.
“Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain,” katanya semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020 di Dewan Rakyat hari ini.
Langkah diambil kerajaan itu selari dengan manifesto Pakatan Harapan untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal.
Selain itu, kerajaan PH juga akan menambah baik sistem pilihan raya serta memperkenalkan undang-undang berkaitan pembiayaan politik.
“Penambahbaikan sistem pilihan raya akan dilaksana dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media.
“Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenal,” ujarnya. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan