HALAMAN SANTAI

Sabtu, 20 Oktober 2018

Semak semula status Keroncong Kemayoran


Status Keroncong Kemayoran disemak semula
 
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan melakukan semakan semula pemilik sebenar lagu Keroncong Kemayoran yang tersenarai dalam 149 lagu gubahan P.Ramlee yang diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita Khamis lalu yang bertajuk Bila masa P.Ramlee tulis lagu Keroncong Kemayoran?

Menterinya, Datuk Muhamaddin Ketapi berkata, pihaknya akan membuat mesyuarat bersama jabatan berkaitan untuk memastikan sekali lagi senarai lagu yang diisytiharkan

"Saya sebetulnya minat lagu-lagu semua ini tetapi asal dari mana saya tak berapa pasti. Lagu P.Ramlee memang semua minat dan saya anggap lagu P.Ramlee daripada Malaysia. Mungkin ya mungkin tidak daripada Indonesia.

“Setakat ini belum ada perbincangan dengan Jabatan Warisan mengenai perkara itu sebab perasmian beberapa hari yang lalu, namun kita akan buat semakan, jadi saya rasa tidak ada masalah.


“Malah dalam membuat penyenaraian itu juga, kami telah merujuknya kepada semua pihak," kata Ahli Parlimen Silam itu mengulas dakwaan lagu Keroncong Kemayoran berasal dari Indonesia bukannya ciptaan P.Ramlee.

[ARTIKEL BERKAITAN: 149 lagu P Ramlee diisytihar Warisan Kebangsaan 2018]

Muhamaddin menegaskan proses mengangkat kesemua lagu P.Ramlee sebagai warisan kebangsaan, telah melalui proses yang betul termasuk mendapat kebenaran hak cipta lagu.

"Saya rujuk pada semua (keluarga dan pemilik lagu) kalau kita ambil sahaja lagu itu, boleh kena saman," katanya lagi ketika ditemui semasa sidang media Istiadat Konvokesyen Aswara hari ini.

Antara lagu malar segar yang disenarai ialah Bunyi Gitar, Maafkan Kami, Anakku Sazali, Tunggu Sekejap dan Getaran Jiwa. Pengumuman itu dibuat Mohammadin pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018 Rabu lalu.

Tiada ulasan: