"Buat (janji) sebelum jadi kerajaan tetapi bila jadi kerajaan kita dapati begitu teruk.

Macam mana kita nak teruskan jika kita tahu keadaan sedemikian, jadi kita terpaksa buat sedikit penyesuaian.

"Kalau orang nak kata 'flip-flop' (kerana) terpaksa ubah, tak apalah," katanya dalam program Bicara Minda anjuran Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.