HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Oktober 2018

K’jaan akan henti bayar gaji, elaun tuai rumah lantikan politik

MALAYSIAKINI

   

Putrajaya akan menghentikan bayaran gaji dan elaun pemimpin adat dan tuai rumah (ketua rumah panjang) di Sarawak.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata pada masa lalu sebanyak 70 peratus pendapatan mereka datangnya dari kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, katanya bermula tahun hadapan hanya tuai rumah yang dipilih secara demokratik yang akan menerima dana dari Putrajaya.

“Ketua adat seperti tuai rumah yang tidak dipilih secara demokratik oleh penduduk rumah panjang mereka tetapi berdasarkan lantikan politik sepihak oleh ahli politik dan Gabungan Parti-parti Sarawak (GPS).

“Ia bertentangan dengan hasrat penduduk rumah panjang, (ketua adat lantikan politik ini) tidak boleh mendapat 70 peratus peruntukan daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan.

“Saya mahu menjelaskan hal ini. Penduduk rumah panjang boleh membuat akuan bersumpah bagi melaporkan kepada kementerian jika kerajaan GPS terus menggunakan dana untuk membayar tuai rumah lantikan politik,” kata Baru dalam suatu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM35 juta kepada tuai rumah yang tidak dilantik secara demokratik ini.


Tiada ulasan: