HALAMAN SANTAI

Sabtu, 20 Oktober 2018

10 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang

THE MALAYSIAN TIMES
 


GEORGE TOWN: Sepuluh orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini hari ini.

Kejadian pada pukul 1.56 tengah hari di kawasan tapak pembinaan jalan raya berkembar dari Paya Terubong menghala ke Relau itu menyebabkan empat kontena tertimbus.

“Maklumat awal terdapat 10 orang mangsa yang tertimbus…kawasan runtuhan dianggar 500×200 kaki,” kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang melalui whatsApp hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh dalam whatsApp kepada media hari ini berkata tiga maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh itu.

Pengerusi Jawankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dijangka ke kawasan runtuhan selepas mesyuarat exco kerajaan negeri yang kini sedang berlangsung.

Tiada ulasan: