HALAMAN SANTAI

Jumaat, 15 Februari 2019

Syarikat judi taja lawatan polis, Parti Amanah jadi "pasu bunga aje"



Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata pihak polis seharusnya tidak menerima tajaan daripada syarikat luar untuk masa-masa akan datang.

Bekas ketua polis negara itu berkata sebagai respons terhadap insiden sebuah syarikat perjudian, Da Ma Cai menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki baru-baru ini.

Kalau diikutkan, tajaan yang diterima itu salah dari segi undang-undang kerana pihak yang menaja ini mempunyai kepentingan. Ia syarikat judi.


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, syarikat perjudian, Da Ma Cai menaja rombongan lawatan kerja diketuai ketua polis negara ke Turki.

Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.


Manakala PM tersingkir Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak pernah dengar syarikat judi menaja lawatan pegawai-pegawai polis selama beliau menjadi perdana menteri.

Beliau juga pelik dengan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa lawatan yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun itu diluluskan pada 2017, iaitu semasa pentadbiranya.

“Semalam, Lim dengan bangganya berkata kos lawatan pegawai polis ke Turki tidak guna wang rakyat, tetapi ditaja syarikat judi Da Ma Cai.

“Selepas kuat dikecam, hari ini dia ‘taichi’ dan salahkan Barisan Nasional lagi. Tetapi sepanjang masa saya jadi perdana menteri, saya tidak pernah dengar berlakunya kejadian syarikat judi menaja lawatan polis.

“Saya juga tidak pasti dan pelik mengapa lawatan untuk 2019 boleh diluluskan 2 tahun sebelum ini, iaitu pada 2017,” katanya di Facebook, hari ini.

 Beliau merujuk kepada kontroversi lawatan kerja polis ke Turki yang ditaja syarikat perjudian, yang didakwa diluluskan bawah pentadbiran BN.

Najib berkata, mengapa kerajaan Pakatan Harapan tidak membatalkannya sekiranya benar ia diluluskan 2 tahun lalu.

Nampaknya KENCING PH kena 'games' lagi.

Malangnya puak-puak pendokong PH cuba menyalahkan BN.

Lagi malang puak-puak IKRAM dalam whatsapp group mereka juga kencing ahli IKRAM dengan maklumat palsu. Jamaah Islam kononnya rujuk Al Quran dan Sunnah masih perbodohkan ahli.

...dan sangat malang pimpinan PARTI AMANAH kini menjadi PASU BUNGA dalam isu ini. Mereka sibuk dengan pembahagian jawatan. Dalam bahasa mudah sedang sibuk dengan pembahagian harta ghanimah...

Surau masjid, program agama ajuran IKRAM sendiri pun tak nampak dah mereka ini. Hanya ada dalam majlis rasmi dengan pakaian rasmi.

Rosak!!

Tiada ulasan: