HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Mei 2019

Provokasi bacul senator DAP cabar Perlembagaan: Muafakat

ainulillia 

Jangan salah guna demokrasi hingga sentuh sensitiviti agama lain


BANGI – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) menzahirkan rasa kecewa terhadap provokasi bacul dan merapu Senator DAP, Nga Hock Cheh yang mencadangkan supaya perkataan agama digugurkan daripada kad pengenalan.

Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan Hock Cheh itu seolah-olah mahu mencabar Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang dikatakan ‘cadangan’ oleh Senator dari DAP, Nga Hock Cheh yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Perak, bukannya perkara baru. Tetapi wayang yang diulang-ulang berkali-kali dari dahulu lagi. Padahal ianya telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Hanya nama agama Islam sahaja yang disebut dengan sejelas-jelasnya, baik sama ada dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun dalam Perlembagaan negeri-negeri. Sehubungan itu kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang bertulis tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” tegasnya.

Justeru, Rashidi mempersoalkan tindakan sesetengah pihak termasuk Hock Cheh yang sering kali menyentuh sensitiviti Islam dan melihat apa sahaja berkaitan Islam dan Melayu serba tidak kena.

“Sebelum ini perkataan ‘bangsa’ yang tertera dalam kad pengenalan diminta dibuang dengan alasan kononnya berbau rasis, hari ini perkataan ‘Islam’ pula minta supaya dibuang, juga dengan alasan ianya bersifat rasis.

“Apakah selepas ini mereka akan menuntut supaya nama-nama diri yang berindentitikan Islam seperti Muhammad, Ahmad, Ali, Umar dan seterusnya, juga akan dikatakan rasis, dengan diminta supaya ditukar kepada nama yang tidak rasis seperti John, Bob, Joe, Mick, Kathy, Ogy, Daniel, Rayyan dan seterusnya. Kebodohan apa yang mereka bawa ini?,” soalnya.

Bahkan, pelbagai tohmahan dan tuduhan serta fitnah mereka lakukan dengan mengatakan hukum Islam adalah kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan, katanya.

“Namun, apabila ditular cara perlaksanaan hukuman itu dijalankan, senyap semuanya. Sebelum itu, berbagai kata nista mereka lemparkan. Inikah yang dikatakan mereka adalah kumpulan yang paling bertoleransi dan yang paling adil. Hinggakan ada yang mengatakan Islam selamat di bawah pentadbiran mereka, realitinya adalah disebaliknya.

“Perlu diingat juga bahawa pihak yang sengaja mencari-cari publisiti murahan dengan mencadangkan perkara provokasi harus faham, jangan sesekali cuba menyalahgunakan sistem demokrasi yang dilaksanakan di negara ini sehingga menyentuh sensitiviti agama lain,” katanya.


Tiada ulasan: