Dr Wong Teck Wee, presiden Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS), berkata Malaysia akan mengalami beban fiskal yang berat melainkan terdapat perubahan dalam sistem penjagaan warga emas.
Beliau berkata populasi penuaan akan mewujudkan fenomena di mana golongan dewasa pertengahan umur perlu menjaga anak-anak serta ibu bapa mereka yang tua. Golongan ini ini biasanya dikenali sebagai “generasi sandwic”.
Negara tua adalah negara di mana lebih 7% penduduknya berusia 65 tahun ke atas.
Wong berkata: “Masalahnya adalah orang tua hidup lebih lama, tetapi hidup lebih lama tidak sihat. Jika anda hidup lebih lama tidak sihat, maka anda memerlukan banyak sumber untuk menjaga anda. Ini akan menjejaskan produktiviti negara.”
Warga emas di Malaysia tidak berdikari daripada segi kewangan dan sering bergantung kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka.
Wong berkata 80% penduduk memperoleh kurang RM6,500 bagi setiap isi rumah. Tahap pendapatan sedemikian tidak mencukupi untuk menampung penjagaan am keluarga dan ibu bapa yang tua melebihi 65 tahun memerlukan penjagaan kesihatan.
Anak-anak pertengahan umur akan menghadapi beban yang berat dan menimbulkan konflik serta tekanan dalam keluarga. Beban akan dirasakan lebih kuat dalam keluarga miskin.
“Malah di Jepun, ia menjadi masalah. Mereka hidup sangat lama tetapi kos hidup semakin bertambah. Jadi mereka menjadi miskin dan sesetengah daripada mereka akhirnya melakukan jenayah ringan, jadi mereka boleh tinggal di dalam penjara di mana penjagaan mereka lebih baik. ”
Wong berkata Malaysia mesti membangunkan sistem sendiri tanpa mengikut sistem Barat yang menyediakan perkhidmatan percuma di rumah, termasuk makanan yang lengkap kepada warga emas.
“Tetapi mereka menjadi bergantung kepada kerajaan. Sekiranya kerajaan gagal, semuanya binasa,” katanya.
Sebaliknya, warga emas harus diajar menjaga diri mereka sendiri. Beliau mencadangkan penuaan yang sihat – yang menggalakkan hidup sihat sejak dari muda – dimasukkan ke dalam kurikulum kebangsaan supaya warga emas kurang bergantung kepada kerajaan dan masyarakat.
Beliau mengesyorkan anak-anak diajar tentang pemakanan sihat dan kesihatan mental. Anak-anak juga perlu mempelajari celik kewangan, bagaimana untuk menyimpan dan bajet. Mereka akan membesar untuk menjadi warga emas yang berdikari dan kerajaan kurang berbelanja untuk warga emas.
Wong berkata cucu warga emas yang diajar tentang penuaan sihat di sekolah, boleh berkongsi apa yang mereka pelajari apabila mereka pulang ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan