Ketua Polis Perak, Razarudin Hussain berkata kertas siasatan itu diserahkan pada Jumaat lalu.
“Insya Allah keputusan akan dimaklumkan pada minggu depan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada 9 Ogos lalu, Razarudin dilaporkan berkata, kertas siasatan itu dipulangkan kepada polis buat kali ke-2 oleh Jabatan Peguam Negara untuk siasatan lebih terperinci bagi memberi keadilan kepada kedua-dua pihak.
Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong di rumah majikannya itu di Meru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan