PUTRAJAYA – Pengumuman tentang pelaksanaan subsidi petrol bersasar akan dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution, pada waktu
ini masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.
Justeru beliau mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut perkara itu hari ini.
“Saya akan umum dua minggu dari sekarang semua soalan saya akan jawab masa itu dalam sidang media.
“Pengumuman tentangnya akan dibuat dalam
dua minggu terdekat tertakluk apa-apa keputusan daripada jemaah menteri
sekarang saya tengah perhalusi beberapa perkara,” katanya ketika sidang
media selepas Perhimpunan Bulanan KPDNHEP hari ini.
Untuk rekod, ketika Bajet 2019 dibentangkan,
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan pemilik kereta berkapasiti
enjin 1,500 cc dan motosikal berkapasiti enjin 125 cc akan menikmati
subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter.
Menerusi mekanisme subsidi tersebut,
pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100
liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.
Dalam pada itu Saifuddin berkata,
kementeriannya akan menjadikan Taiwan dan Turki sebagai contoh rujukan
kajian tentang bekalan makanan dalam negara.
Kata beliau, Taiwan khususnya contoh yang
disifatkan baik kerana tidak pernah mengalami kekurangan bekalan
makanan meskipun berhadapan dengan bencana taufan hambir saban tahun.
Beliau mencadangkan beberapa pegawai
daripda KPDNHEP dihantar ke dua-dua negara tersebut bagi membuat kajian
dan seterusnya dijadikan syor kepada kerajaan khususnya mengelakkan.
Ujarnya, kajian itu dilihat perlu ekoran
masih wujud aduan daripada pengguna berkenaan bekalan makanan yang
kurang khususnya pada musim tertentu.
“Taiwan yang saya hendak kaji saban tahun kena taufan tapi bekalan makanan rakyat
tak terjejas itu menarik untuk kita kaji. Bahkan kalau perlu atur
lawatan peringkat pegawai ke sana hantar tiga empat hari pegawai yang
terbaik dari yang baik-baik untuk pergi. Mengapa di sebalik cuaca begitu
tapi rakyat Taiwan tidak bimbang dengan kekurangan makanan.
“Negara kita aman makmur cuaca predictable tapi keluh kesah masih ada tentang bekalan makanan,” katanya ketika berucap.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan