Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah (SPRM) Latheefa Koya menyuarakan kebimbangannya apabila hampir
separuh daripada jumlah individu ditahan berhubung kesalahan rasuah
melibatkan kakitangan awam.
“Kebanyakan kesalahan rasuah yang berlaku pula membabitkan kakitangan dalam sektor perolehan,” katanya ketika berucap pada majlis lafaz dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Menteri Besar Selangor di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
“Perkara ini lebih merisaukan apabila 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah adalah golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah.
“Melalui satu kajian yang telah dilaksanakan oleh SPRM juga mendapati 22.1 peratus daripada responden penjawat awam berkata mereka sanggup menerima rasuah sekiranya mempunyai kuasa atau kedudukan dalam jawatan.
“Ini sesuatu yang mesti diperbetulkan agar kesalahan rasuah dalam kalangan penjawat awam dihapuskan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan