KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai supaya tampil melaporkan insiden
atau kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan
Royalty (Institusi Diraja) di media sosial terus kepada suruhanjaya itu.
Dalam kenyataan pada Sabtu, MCMC memaklumkan laporan itu boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada mediasosial@mcmc.gov.my.
Menurutnya, platform itu akan memudah dan mempercepatkan proses tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan.

Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, mereka perlu mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan, menurut MCMC.
Suruhanjaya itu seterusnya mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi memelihara keharmonian dan kedamaian yang dicapai melalui persefahaman yang dibina sejak 62 tahun lepas.
Ia menegaskan bahawa sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dihentikan segera demi kepentingan bersama. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan